Nasional

JKKN anjur konsert promosi budaya seni Sabah

Kementerian Pelancongan Seni dan Budaya Malaysia melalui Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara (JKKN) akan menganjurkan program Rhythms of Kinabalu @ Online 2021
“Musical Land Below The Wind” yang akan dikelolakan oleh Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara (JKKN) Sabah pada 23 dan 24 Oktober 2021 (Sabtu & Ahad) yang akan disiarkan melalui saluran media Sosial JKKN TV.

Rhythms of Kinabalu @ Online 2021 bertujuan untuk penyemarakkan dan pemeliharaan seni tari dan muzik negeri Sabah, menyebar luaskan aktiviti-aktiviti kesenian dalam usaha merancakkan dan memacu sektor industri kreatif di negeri Sabah dan seterusnya meningkatkan apresiasi seni muzik dan tari khasnya masyarakat tempatan di negeri Sabah.

Program yang disiarkan melalui JKKN TV selama dua hari ini dianjurkan secara bersama-sama
dengan beberapa agensi iaitu JKKN Sabah, Pejabat Kementerian Pelancongan Seni dan Budaya Malaysia, Perbadanan Kemajuan Kraftangan Malaysia Cawangan Sabah, Kementerian Pelancongan Kebudayaan dan
Alam Sekitar Sabah (KePKAS), Radio Televisyen Malaysia, Tourism Malaysia, Lembaga Kebudayaan Negeri Sabah, Sabah Tourism, Universiti Malaysia Sabah dan Akademi Seni Dan Teknologi Kreatif (ASTIF).

ROK telah dianjurkan sejak tahun 2011 hingga 2017, terhenti seketika dan diadakan semula pada tahun 2021 dengan konsep yang baharu dan norma baharu akibat daripada pandemik Covid 19 yang mana bentuk persembahan
yang ditampilkan mengikuti SOP yang telah ditetapkan oleh kerajaan dari masa ke semasa.

JKKN Sabah telah menambahbaik serta memberi suntikan baharu dengan mempelbagaikan pengisian aktiviti untuk semua peringkat umur dan sesuai ditontoni oleh seisi keluarga serta khalayak yang berbeza.

Antara pengisian ROK 2021 adalah seperti persembahan muzikal ”Musical Land Below The Wind” yang merangkumi Bahagian Pantai Barat Utara, Bahagian Pantai Barat, Bahagian Pedalaman Atas, Bahagian Pedalaman Bawah, Bahagian Sandakan dan Bahagian Pantai Timur Sabah seperti nyanyian, tarian, koir, okestra muzik, promosi produk seni budaya dan pelancongan negeri Sabah.

Antara artis tempatan yang turut membuat persembahan dan bersama-sama menjayakan ROK pada kali ini adalah Jimmy Palikat, Francis Landong, Canang Busker, Fauziah Gambus, Razali Kulintangan, Dyana, Aziz Omar, Siti
Fairuz, Razip@Anip, Kumpulan Kesenian JKKN Sabah, Kumpulan Kesenian Lembaga Kebudayaan Negeri Sabah, Kumpulan Tagap Dance, Kumpulan Pratama Dance, Kumpulan D’Step, Kumpulan Pemuzik Tempatan Tradisional
Negeri Sabah, Kumpulan Pemuzik Okestra Moden (UMS), Artis Budaya Muzik
Tradisional Lembaga Kebudayaan Negeri Sabah, In Unity Chorale Choir dan juga Maya Hejnowska yang merupakan Juara Unduk Ngadau Kaamatan
2021.

Penganjuran program ini diharap dapat memberi impak baharu dalam penyemarakan seni dan industri pelancongan negara khususnya di Sabah, dan seterusnya mewarnai seni di negeri Sabah dalam pelbagai medium dan genre kesenian pada setiap kali penganjurannya.

Apatah lagi meletakkkan ritma dan muzik tradisional negeri Sabah suatu acara penting untuk hidangan dan hiburan masyarakat umum.

Untuk maklumat lanjut mengenai ROK 2021, orang ramai boleh layari laman sesawang www.jkkn.gov.my atau laman sosial www.facebook.com/mysenibudaya dan www.facebook.com/jkknsabah. -SM

(Visited 567 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button