Nasional

Tuduhan yang dilemparkan ke atas KFA satu fitnah – Sanusi

MENTERI Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor berkata, semua tuduhan yang dilemparkan ke atas individu yang disiasat dan ke atas Persatuan Bola Sepak Kedah (KFA) sebagai fitnah.

Memetik laporan BHOnline, beliau berkata sedia membongkar perkara itu dan plot sebenar yang berlaku dalam pelbagai isu termasuk penahanan reman Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) KFA membabitkan isu rasuah.

Beliau mendakwa apa yang berlaku itu adalah kezaliman pihak tertentu yang menggunakan agensi kerajaan untuk tujuan politik dan kepuasan peribadi.

Sanusi yang juga Presiden KFA juga memberitahu individu yang ditahan SPRM terbabit bukan ‘orang kaya’ sebaliknya hidup dalam kesempitan.

Katanya, diitubuhkan KFA membiayai pasukan bola sepak dan kegiatannya melalui derma serta sumbangan kerana ia bukan syarikat perniagaan berasaskan keuntungan.

Beliau mengakui persatuan itu memang ada menerima sumbangan tetapi tidak bersubahat melakukan rasuah kerana KFA tidak mempunyai akses kepada projek yang memerlukan kelulusan Kerajaan Persekutuan.

“Sewaktu KFA nazak dengan hutang puluhan juta ringgit tidak ada siapa peduli. Gaji pemain dan bayaran kepada badan berkanun terhutang puluhan juta, tak ada siapa peduli.

“Bila kita mula selesaikan sedikit demi sedikit di samping membiayai keperluan semasa pasukan, ada pihak iri hati dan dengki.

“Bila pasukan sudah diswastakan KFA mampu tarik nafas lega sedikit tetapi masih beri komitmen untuk terus bayar hutang kepada pemiutang.

“Kenapa ada pihak iri hati? Kena tanya mereka itu lah… memang KFA menerima sumbangan tapi tak sampai bersubahat melakukan rasuah. KFA tak ada akses kepada projek yg dibuat secara tender terbuka dan KFA tak ada penglibatan dalam projek litar.

“Itu semua fitnah, saya akan bongkar plot ini bila tiba masanya. Tender loji air dibuat secara terbuka dan diuruskan Jabatan Kerja Raya (JKR) dan perlu mendapat kelulusan kerajaan Persekutuan.

“Dasar itu dibuat pada waktu Pakatan Harapan (PH) menjadi kerajaan selama 22 bulan. Tak ada campur tangan dan tak ada jalan untuk campur tangan dalam urusan tender terbuka,” katanya. – SM

 

(Visited 265 times, 3 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Wartawan SuaraMerdeka

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad.

Related Articles

Baca Juga Artikel ini
Close
Back to top button