Nasional

Gaji perlu setaraf dengan tahap pendidikan, pengalaman

RATA-RATA pengunjung yang hadir untuk memohon kerja di Karnival Jamin Kerja Keluarga Malaysia 2022 berkata, gaji yang ditawarkan oleh syarikat perlu setaraf dengan tahap pendidikan dan pengalaman kerja pemohon.

Mereka meletakkan anggaran gaji antara RM2,000 hingga RM2,800 untuk calon lepasan degree dan yang mempunyai pengalaman.

Pengunjung Karnival Jamin Kerja Keluarga Malaysia 2022, Juliana Eriena Razali, 24 berkata, dia tidak boleh meletakkan gaji yang terlalu tinggi kerana baru sahaja menghabiskan pengajian.

“Kadar gaji yang saya harapkan adalah antara RM2,000 hingga RM2,500. Saya tak boleh harapkan lebih daripada itu kerana saya baru habis belajar tahun lepas,” katanya.

Selain itu, Rifhan Liyana Razali, 27, yang merupakan supervisor Secret Recipe dan juga pelajar jarak jauh berkata, anggaran gaji yang dia harapkan adalah antara RM2,800 hingga RM2,900.

“Saya tidak kisah gaji berapa asalkan lepas untuk membayar komitmen bulanan saya,” katanya.

Sementara itu, Wahida Amalin Kamsari, 28, berkata dia datang ke karnival itu untuk mencari kerja kerana kontrak kerjanya dengan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) telah tamat.

Tambahnya, dia meletakkan kadar gajinya sebanyak RM2,500 keatas kerana pengalaman bekerjanya.

“Saya baru habis kontrak dengan KWSP sebagai protégé bulan satu. Jadi saya ingin mencari kerja baru.

“Gaji yang diharapkan ialah RM2,500 keatas. Saya letak kadar ini kerana saya mempunyai pengalaman, sesuai dengan kelayakkan yang saya ada dan lokasi syarikat yang bakal saya kerja,” katanya. -SM

(Visited 1,897 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button