fbpx
Politik

UMNO perlu perbetulkan sikap jika mahu bangkit semula – Tok Mat

UMNO perlu memperbetulkan sikap dan semangat jika mahu memastikan parti itu dapat bangkit semula.

Timbalan Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamad Hasan berkata, jika pembetulan itu sudah dibuat apa sahaja yang menjadi fokus parti pasti akan dapat digapai.

“Walaupun kita bukan lagi sebuah parti pemerintah tetapi perjuangan itu tetap terus dan akan tetap kita perkasakan.

“Inilah hikmah daripada kekalahan kita kerana yang penting dalam perjuangan kita adalah semangat kerana kalau semangat ada, sikap betul, apapun kita boleh buat insya-Allah akan berjaya”, ujar beliau dalam satu wawancara khas bersama UMNO-Online sempena Perhimpunan Agung UMNO yang bakal berlangsung pada 4 hingga 7 Disember ini.

Oelh itu katanya, seluruh ahli mesti tahu matlamat utama UMNO iaiutu Pilihan Raya Umum 15 (PRU15).


“Menang dalam PRK ini memang penting untuk membangkit dan membakar semangat kita, ia boleh memberi impak positif kepada kita, kepada parti dan beri ruang kepada orang yang tidak berparti menyatakan ketidakpuasan hati mereka kepada PH.

“Tetapi kita sebagai orang parti jangan lupa, jangan alpa, jangan besar kepala, jangan bangga bodoh sombong… sudah menang empat PRK ini bukan satu jaminan untuk kita katakan bahawa PRU-15 nanti itu ketentuan untuk kita menang kerana ini juga akan menjadi sebagai suatu asas ukur kepada PH untuk memperbaiki parti mereka.

“Jadi kita mesti terus berusaha, satukan hati orang UMNO mesti jadi jentera yang kuat untuk kita pastikan persiapan kita yang rapi, persiapan kita yang mantap untuk kita hadapi PRU-15 iaitu perang kita yang sebenar,” katanya.

Katanya, sejak BN tewas dalam PRU14, sudah terdapat perubahan positif dari segi sikap dan usaha untuk memperkasa parti terutama di peringkat bawahan.

“Bak kata orang tua-tua ibarat alun-alun. Alun ini kalau bercantum dia akan jadi ombak, alun di cawangan jadi ombak di bahagian, ombak di bahagian pula mesti bercantum menjadi gelombang di peringkat negeri dan gelombang di negeri akan bercantum menjadi tsunami di peringkat kebangsaan. Ini perlu kita susun atur elok-elok.

Tetapi jelas beliau lagi cara bagaimana hendak UMNO cantumkan alun-alun ini dan bercantum menjadikan ombak, serta bagaimana UMNO hendak cantumkan ombak bersatu menjadi satu gelombang yang besar.

“Kalau laut bergelombang orang tidak berani turun, kalau laut sudah menjadi tsunami dia akan membadai apa juga yang ada di depan. Ini perlu kita buat. Ini sebagai kata kiasan jadi semangat dan sikap perlu kita asuh dan perlu kita pupuk supaya dia tidak mati supaya orang kata dia tidak menurun balik,” tegas beliau.

Mohamad turut menegaskan bahawa perjuangan bukan berasaskan kepada individu tetapi kepada semangat juang agama, bangsa dan tanah air.

“Buangkanlah sikap-sikap tidak baik kerana seperti yang selalu juga saya cakapkan kekalahan kita bukan disebabkan satu faktor. Kekalahan kita banyak faktor-faktornya. Faktor nasional, faktor tempatan, faktor luaran, faktor dalaman tapi yang paling teruk sekali ialah faktor dalaman.

“Faktor nasional itu kita tahu tetapi banyak juga tempat yang kita kalah bukan disebabkan faktor luaran sangat tapi disebabkan faktor dalaman… tidak suka dengan calon, tidak dapat jadi calon, macam-macamlah… bila calon punya nama keluar, tutup peti undi, ini yang banyak terjadi di peringkat negeri, DUN-DUN dan Parlimen yang kalah. Kita menghadiahkan PH kerusi kita dia atas dulang emas. Ini perlu kita elakkan. Kalau kita benar-benar jujur hendak berjuang, buanglah sikap-sikap negatif dan tidak baik seperti itu,” jelas beliau.

Katanya, jangan hanya kerana mahu menjada jawatan matlamat sebenar perjuangan dalam parti dilupakan.

“Siapa yang ditentukan untuk memegang jawatan itu terpulang, itu adalah takdir Allah Taala siapa jadi Presiden, Timbalan Presiden, MT, Menteri Besar ke… tapi apa yang penting adalah semangat juang itu. Kita berjuang kerana perjuangan, kita berjuang kerana agama, bangsa dan tanah air kita tapi bila dah lama menjadi parti yang berkuasa, parti kerajaan, didapati semua orang nak cari tempat dan jawatan kerana jawatan itu ‘equal’ kuasa. Itu tidak baik.

Katanya, imej UMNO telah teruk dihentam dilanyak yang mana ia perlu perbetulkan imej.

Imej itu kata beliau, merupakan jenama hendak dibawa kerana UMNO tidak ada salah apa-apa.

UMNO kata beliau, telah mentadbir negara lebih 60 tahun dengan baik.

“Ttrack record kita baik, kita cuma mengalami kesusutan defisit imej kerana mereka menggunakan ini sebagai satu senjata untuk menjatuhkan UMNO,” katanya.

Show More

Wartawan SuaraMerdeka

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad.

Related Articles

Back to top button