Politik

Isu pindaan Perlembagaan UMNO untuk panjangkan hayat ahli MKT sahaja

ROS dalam waktu terdekat ini dikhabarkan akan mengeluarkan surat keputusan berkaitan dengan permohonan parti UMNO untuk memanjangkan hayat Ahli-Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO kepada satu tarikh baru iaitu tidak melebihi 6 bulan selepas Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) diadakan.

To Re-Cap, pindaan Perlembagaan UMNO ada 2 Opsyen iaitu:

OPSYEN SATU :

Memanjangkan hayat MKT UMNO, UMNO Bahagian dan Cawangan selama 18 bulan daripada tarikh terakhir pemilihan (3 tahun) dengan kebenaran dari ROS.

ATAU:

OPSYEN DUA:

Memanjangkan hayat MKT UMNO, Bahagian dan Cawangan selama tidak lebih daripada 6 bulan selepas sesuatu Pililihan Raya Umum Negara dengan kebenaran ROS.

Untuk kali ini, perlu diperingatkan bahawa UMNO Malaysia menerusi MKT UMNO telah mengambil OPSYEN SATU iaitu memanjangkan hayat MKT UMNO, Bahagian dan Cawangan selama 18 bulan.

Persoalannya, selepas mengambil Opsyen Satu dengan persetujuan dari ROS, adakah UMNO akan diberi kesempatan mengunakan Opsyen Dua iaitu memanjangkan hayat MKT UMNO, Bahagian dan Cawangan untuk kali kedua dalam satu tahun yang sama.

IN THE SAME YEAR. 2 OPTION TAKEN.

Secara logiknya, UMNO tidak boleh mengambil kedua dua Opsyen dalam tahun yang sama.

Oleh yang demikian, kemungkinan besar, Pindaan Perlembagaan UMNO akan diterima tetapi effective untuk Permilihan akan datang (Next UMNO Election).

Untuk kali ini, kemungkinan ROS dilihat tiada pilihan tetapi akan mengarahkan Pemilihan UMNO diadakan pada tahun ini sebelum 29 Disember 2022.

ROS juga kelihatan tidak mempunyai Hak untuk menolak permohonan pindaan perlembagaan oleh UMNO.

Tetapi, ROS berhak untuk memastikan pindaan perlembagaan tersebut mengikut  lunas-lunas Akta Pertubuhan dan undang-undang yang sedia ada.

JUDICIAL REVIEW

Seperti saranan Tok Mat Maslan bahawa UMNO mempunyai PLAN B.

Saya menjangkakan Plan B ini adalah berkaitan dengan JUDICIAL REVIEW sekiranya permohonan UMNO ditolak oleh ROS.

APA ITU JUDICIAL REVIEW?

Judicial Review ….

Merupakan semakan Undang-Undang oleh Badan Perundangan terhadap keputusan ROS tersebut.

The Judicial Review akan melihat peruntukkan perundangan yang ada pada ROS samada ROS operating within their jurisdiction.

Tetapi saya percaya dengan kes penting seumpama ini, ROS sudah pasti merujuk perkara ini kepada Jabatan Peguam Negara dahulu sebelum mengambil sebarang keputusan.

Oleh yang demikian, saya menjangkakan walaupun Judicial Review diadakan ia akan membuat keputusan yang sama.

Apapun yang jelas kelihatan UMNO Malaysia perlu menunggu keputusan daripada ROS sebelum mengambil sebarang tindakan seterusnya. – SM

(Visited 163 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Dato' Saiful Bahar

Penulis merupakan bekas Setiausaha Sulit Kanan kepada Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi (2008-2009), bekas Setiausaha Sulit Kanan kpd. Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani (2009-2013). Beliau juga bekas Penasihat Khas kpd. Menteri Peladangan dan Komoditi (2016-2018). Pernah bertugas dengan 3 Menteri dan seorang Timbalan Menteri serta telah berkhidmat di 8 Kementerian sepanjang 18 tahun di Putrajaya. Ketika ini, beliau merupakan Penganalisa Politik dan Polisi Kerajaan untuk Badan Bebas dan News Portal.

Related Articles

Back to top button