BeritaPolitik

Ketua Pemuda UMNO Sabah dakwa ditawar jawatan Senator supaya lompat parti

KUALA LUMPUR – Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Sabah, Abdul Aziz Julkarnain mendakwa pernah ditawarkan jawatan sebagai Senator oleh pemimpin kerajaan supaya meninggalkan parti itu.

Dakwanya, tindakan tersebut merupakan cubaan untuk melemahkan UMNO Sabah ketika itu yang berhadapan dengan situasi getir apabila 21 pemimpin bertindak keluar parti apabila Barisan Nasional tewas dalam Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14).

Menurut beliau, pemimpin kerajaan yang didakwa cuba memujuknya supaya tinggalkan UMNO berkata perjuangan mereka adalah sama cuma dalam berbeza pihak.

“Apabila saya dipujuk, saya diberitahu bahawa perjuangan kita ini sama membela agama bangsa dan negara, bezanya kami dalam kerajaan kamu dalam pembangkang.

“Wah, angkuh! Agama bangsa dan negara, lalu di mana kamu berada apabila hak-hak bumiputera sedang dihakis cuba dihapuskan melalui ratifikasi Konvensyen Antarabangsa Mengenai Pembasmian Diskriminasi Kaum (ICERD),” katanya ketika berucap dalam perbahasan perwakilan di Perhimpunan Agung UMNO 2019 di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) hari ini.

Di samping itu, Abdul Aziz turut menyelar kerajaan Pakatan Harapan apabila tidak tegas dalam mempertahankan hak dan maruah orang Islam.

“Di mana kamu berada kalau perjuangan kamu membela agama bangsa dan negara, kalau bukan UMNO dan Pas bangkit membantah ICERD, sudah tentu hak-hak Melayu sudah terhakis yang sudah sedikit itu.

“Kamu terus diam, demikianlah mereka memujuk rayu sama konon. Tidak sama!

“Saya tidak mahu dikenang oleh anak, cucu, cicit saya sebagai ayah, datuk dan moyang yang mengkhianati perjuangan parti tatkala parti memerlukan seluruh segenap jiwa dan raga kita,” tegasnya. – SM

(Visited 154 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Wartawan

Wartawan, petugas media Suara Merdeka

Related Articles

Back to top button