fbpx
Politik

PKR satu kesatuan keadilan pelbagai kaum – Anwar

SEMUA pemimpin dan anggota PKR mesti bangkit memastikan parti itu kekal teguh sebagai kesatuan keadilan yang memperjuangkan nasib rakyat tanpa mengira kaum, berlandaskan asas perjuangan dalam Pengisytiharan Permatang Pauh 1998, kata Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Julung kali berucap menyampaikan ucapan dasar sebagai Presiden PKR hari ini, beliau berkata semangat dan cita-cita gerakan reformasi PKR, yang memilih asas keadilan untuk memperjuangkan hak dan nasib rakyat sejak penubuhannya, seharusnya bertambah utuh apatah lagi parti itu kini adalah sebahagian daripada kerajaan Pakatan Harapan.

Memulakan ucapan dengan laungan slogan parti ‘reformasi’, ‘lawan tetap lawan’, beliau menegaskan kejayaan PKR sebagai sebuah parti bukan bersandar kepada jumlah ahli Parlimen di Dewan Rakyat dan bilangan Menteri atau Timbalan Menteri dalam kerajaan, sebaliknya kemampuan parti itu untuk membela rakyat.

“PKR merubah sistem mengorak langkah membawa perubahan, agenda reformasi berterusan, reform negara sebagai negara kukuh, reform (sebelum ini) hanya yang kaya mendapat habuan, kaya bertambah kaya, yang miskin papa kedana.

“Kita harus kekal semangat sama (bela rakyat) supaya program pembangunan tidak meremehkan nasib di kalangan miskin dan menderita daripada semua kaum di seluruh negara,” katanya semasa menyampaikan ucapan dasar dan merasmikan Kongres Nasional PKR 2019 di Pusat Dagangan Antarabangsa, Ayer Keroh di sini. – BERNAMA

Show More

Wartawan SuaraMerdeka

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad.

Related Articles

Back to top button