Agama

Perubahan jadua musim haji hanya untuk Fiqh wanita dan kesihatan

Sebarang perubahan terhadap jadual penerbangan (KT) pulang jemaah haji hanya dilakukan jika ia berkaitan dengan masalah kesihatan dan figh wanita, kata Pengarah Operasi Makkah Lembaga Tabung Haji (TH) Rozila Omar Ali.

Beliau berkata jadual penerbangan pulang kebiasannya telah diatur sebelum keberangkatan jemaah haji ke Tanah Suci lagi dengan setiap KT telah diperuntukkan jadual.

“Kebiasaannya kita akan menerima permohonan untuk perubahan kepada jadual penerbangan disebabkan keperluan figh wanita yang memerlukan ia ditangguhkan…

“Kebiasaannya kita akan menerima permohonan untuk perubahan kepada jadual penerbangan disebabkan keperluan figh wanita yang memerlukan ia ditangguhkan… ini antara kes kita akan pertimbangkan.

“Sama ada jemaah wanita berkendan akan diiringi mahramnya atau tidak, ia bergantung kepada permohonan tersebut.

Bagaimanapun setakat ini kita masih belum menerima sebarang permohonan kerana masih di peringkat awal,” katanya kepada petugas media di Ibu Pejabat TH di Makkah di sini baru-baru ini.

Semasa hari Tasyria 11, 12 dan 13 Zulhijah nanti, selepas melontar di ketiga-tiga jamrah iaitu Sungra,

Wusta, dan Kubra, seorang jemaah haji wajib melakukan tawaf haji dan jemaah wanita perlu berada dalam keadaan bersih daripada haid sebelum melakukan ibadah itu.

Jika masih berada dalam keadaan tidak suci semasa tiba tarikh penerbangan pulang, maka mereka boleh berhubung dengan pengurusan maktab untuk dipertimbangkan pertukaran jadual penerbangan pulang kerana wajib melaksanakan tawaf berkendan yang merupakan rukun ketiga haji.

Beliau berkata pertimbangan juga diberikan terhadap jemaah yang kurang sihat atau sedang mendapat rawatan di Pusat Rawatan TH atau mana-mana hospital di Arab Suadi berdasarkan terhadap syor oleh pegawai perubatan.

“Sebarang keperluan lain, akan dinilai berdasarkan kes kerana sekiranya permohonan ini dibuka akan beri kesan terhadap pengurusan. Ini kerana pengisian penerbangan dilakukan secara optimum bagi memastikan kos keseluruhan ditangani secara berkesan.

“Jika berlaku terlalu banyak pergerakan ia akan memberi impak kepada pergerakan yang lain, jadi kita tidak galakan, kita hanya beri keutamaan kepada kes-kes tertentu sahaja,” katanya.

Beliau berkata sekiranya ada keperluan mendesak, permohonan itu akan dibincangkan di peringkat maktab dan pengurusan, dan sekiranya tiada alasan, permohonan itu kebiasanya ditolak.

kreadit :Bernama

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button