Jenayah

Pihak polis bawa semula Ibu Zayn Rayyan untuk lakonkan semula kejadian anaknya hilang

KEMATIAN kanak-kanak Autisme, Zayn Rayyan sehingga hari ini masih menjadi tanda tanya orang ramai walaupun ibu bapanya sedang ditahan reman.

Terbaru, Ibu kepada Zayn Rayyan kini dibawa kembali ke kediaman mereka di apartment Idaman, Damansara Damai pagi pada pukul 10.15 minit pagi ini.

Menurut laporan Berita Harian Proses membawa ibu Zayn dipercayai dilakukan adalah untuk melakonkan semula situasi kejadian semasa kehilangan Zayn sehinggalah mayatnya ditemui pada 6 Disember lalu.

Berdasarkan tinjauan di lokasi, sebuah van polis tanpa logo Polis Diraja Malaysia (PDRM) membawa ibu mangsa ke lokasi kediamannya di Blok R pada jam 10.15 pagi tadi.

Setakat ini tiada maklumat diperoleh mengapa bapa Zayn tidak dibawa ke lokasi berkenaan bersama isterinya.

Difahamkan, wanita itu juga akan di bawa semula ke kediaman dan lokasi kanak-kanak berkenaan ditemui iaitu saliran sungai yang terletak kira-kira 200 meter dari blok kediaman yang dihuni keluarga berkenaan bagi melakonkan semula kejadian.

Anggota polis turut dilihat membawa patung kanak-kanak namun belum pasti tujuan kegunaan patung berkenaan.

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button