fbpx
Politik

Kena tegas buat keputusan jangan ada unsur ditelan mati emak, diluah mati bapak

PEMIMPIN UMNO diingatkan supaya membuat apa juga keputusan berdasarkan perjuangan, agama, bangsa dan tanah air.

Mereka perlu tegas membuat keputusan tanpa ada unsur atau kepentingan lain daripada apa telah digariskan.

“Andai esok, andai lusa, andai masa akan datang bila mana kepimpinan perlu membuat keputusan yang besar dan penting, jangan sesekali kepimpinan parti menguna pakai peribahasa ‘ditelan mati emak, diluah mati bapak’.

“Keputusan harus tegas tanpa ada unsur kepentingan lain selain perjuangan, agama, bangsa dan tanah air,” kata Wakil Wilayah Persekutuan, Mahadir Sulaiman.

Beliau yang juga Ketua UMNO Bahagian Segambut berkata demikian dalam ucapan ketika membahaskan usul ucapan dasar Presiden sempena Perhimpunan Agung UMNO 2019 di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), hari ini.


Untuk itu katanya, UMNO perlu melatih dan melahirkan seramai mungkin pemimpin selain fokus kepada setiap perkerjaannya.

Selain itu katanya, kerosakan yang berlaku dalam negara hari ini adalah disebabkan Rukun Negara ini sudah tidak lagi dihormati.

“Kekalahan menyebabkan kita kehilangan kuasa yang mengakibatkan bangsa kita yang dulu dilihat gagah di bawah UMNO sudah hilang maruah dan harga dirinya malah segala kemakmuran, keamanan yang di amalkan sudah hampir pupus di robek oleh kerajaan Pakatan Harapan (PH).

“Mereka semacam sudah tidak lagi bertamadun. Undang-undang juga dibuat sesuka hati mereka,kepentingan rakyat sudah tidak lagi menjadi keutamaan mereka, sebaliknya kerajaan yang ditunjangi DAP ini dilihat begitu rakus sehingga mengenepikan prinsip-prinsip Rukun Negara yang kita bina dahulu bagi maksud memandu rakyat mengamalkan cara hidup yang harmoni,” katanya. – SM

Show More

Wartawan SuaraMerdeka

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad.

Related Articles

Back to top button