JenayahLuar Negara

Tiga pengamal media wanita maut ditembak dalam siri serangan puak pengganas Taliban

Tiga orang wanita yang bekerja di sebuah stesen TV di kota Jalalabad maut ditembak dalam satu kejadian yang merupakan kejadian terbaharu dalam siri pembunuhan bersasar di Afghanistan.

Laporan mendapati bahawa tiga orang wanita yang terkorban itu berusia antara 18 hingga 20 tahun dan terbunuh dalam dua serangan yang berbeza namun dirancang.

Manakala, seorang lagi mangsa yang merupakan mangsa ke-empat kejadian ini mengalami kecederaan parah.

Ketiga-tiga wanita yang terbunuh itu baru sahaja menamatkan zaman persekolahan mereka dan bekerja di jabatan alih suara di sebuah stesen TV swasta iaitu Enikas TV Station.

Menurut laporan dari Associated Press, salah seorang mangsa yang dikenali sebagai Mursal Wahidi telah diserang oleh beberapa lelaki bersenjata ketika dia sedang dalam perjalanan pulang ke rumah.


Manakala, dua lagi mangsa yang lain, yang hanya dikenali sebagai Shahnaz dan Sadia terbunuh sewaktu mereka juga dalam perjalanan menuju ke rumah mereka.

Sementara itu, Ketua Enikas TV Station, Zalmai Latifi turut mengesahkan situasi kejadian bagaimana kesemua mereka ini terbunuh.

Menurut Ketua Polis Nangarhar Juma Gul Hemat, polis pula kini masih mencari beberapa penyerang lain yang turut terlibat selepas mereka berjaya menahan suspek utama yang merupakan ketua kumpulan jenayah itu.

Polis mendapati mereka mempunyai kaitan dengan puak pengganas Taliban bagaimanapun, mereka menafikannya.

“Kami menangkapnya ketika dia cuba melarikan diri. Dia telah mengakui bahawa dia melakukan serangan itu dan dia adalah anggota puak pengganas Taliban”, katanya.

Siri pembunuhan bersasar yang melibatkan beberapa wartawan, aktivis dan tokoh politik telah menimbulkan kekecohan di negara Afganistan.

Mengikut rekod, Enikas TV Station mendedahkan, dari 10 wanita yang bekerja dengan mereka, empat telah terbunuh termasuk seorang wartawan dan pembaca berita, Malalai Maiwand, yang ditembak mati pada bulan Disember tahun lalu.

(Visited 51 times, 1 visits today)

Show More

Related Articles

Back to top button