fbpx
Luar Negara

Anjing laut dipukul hingga pengsan untuk tujuan bergambar

SEKUMPULAN pelancong di Kuryk, Kazakhstan dilihat telah memukul anjing laut hingga pengsan  di pantai dengan tujuan memudahkan anak-anak mereka bergambar dengan haiwan itu.

Menurut laporan the Mirror, kejadian itu telah menimbulkan kemarahan netizen yang menganggap kejadian di pantai yang terletak di timur Laut Kaspia itu sebagai keterlaluan.

Video yang tersebar di media sosial itu menunjukkan sekumpulan lelaki yang dipercayai pelancong diihat menyerang haiwan itu dengan tongkat dan batu ketika haiwan malang itu menghampiri pantai.

Pada pelancong lain yang turut berada di lokasi kejadian dilihat seperti tergaman dan tidak berbuat apa-apa.

Seorang saksi berkata, pelancong terbabit memukul anjing laut itu hingga pengsan.


Kemudian katanya, mereka mengeluarkan ia dari air bagi membolehkan anak-anak bergambar dengannya.

Selepas itu mereka mencampakkan haiwan malang yang sudah tidak bergerak kembali ke laut dan tidak dapat dipastikan sama ada ia selamat atau tidak.

Para netizen yang mengutuk insiden itu meminta semua orang untuk menghargai haiwan dan alam sekitar.

Malah pihak polis dikatakan memburu mereka yang terbabit yang mana jika tertangkap dan didapati bersalah mereka boleh dihukum hingga dua tahun penjara.

Anjing laut di Laut Kaspia kini antara spesies yang diancam kepupusan kerana sebagian besar anak anjing mati sebelum usia satu tahun. – Mirror

Show More

Wartawan SuaraMerdeka

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad.

Related Articles

Back to top button