fbpx
Luar Negara

Stadium bola sepak di Brazil jadi panggung wayang pandu lalu

STADIUM bola sepak Palmeiras di Sao Paolo berubah menjadi panggung wayang pandu masuk selepas beberapa bulan ditutup akibat pandemik Covid-19.

Ia dianggap sebahagian daripada rancangan kerajaan dalam merancakkan ekonomi dan memberi semangat di kalangan rakyat di Brazil yang sekian lama terkurung di dalam rumah.

Kalau sebelum ini penduduk ke stadium itu bagi menonton perlawanan bola sepak, kini mereka boleh membawa masuk kereta ke ruangan yang mampu muat sehingga 300 buah kereta.

Menurut Alessandro Tessari yang sering menonton perlawanan kelab kegemarannya itu, tidak pernah terfikir bahawa dia akan ke stadium itu semata-mata untuk menonton filem dan bukan aksi perlawanan bola sepak.

“Saya penyokong kelab Palmeiras (kelab bola sepak) dan saya sering ke sini (stadium). Saya tidak pernah membayangkan bahawa saya akan berada di sini untuk menonton filem,” katanya.

Industri hiburan di Brazil merupakan antara sektor pertama yang menghentikan aktivitinya akibat wabak COVID-19, dan kini antara sektor terakhir yang dibuka semula.

Antara aktiviti yang disediakan di stadium itu termasuk pameran filem klasik, pertunjukan komedi dan teater kanak-kanak.

Bagaimanapun ia hanya dibuka bermula 24 Jun lalu sehingga 19 Julai.- SUMBER ASTRO AWANI – SM

Show More

Related Articles

Back to top button