![](/wp-content/uploads/2020/05/pickerImage.jpg)
TIGA kanak-kanak di New York, Amerika Syarikat (AS) meninggal dunia semalam selepas alami sindrom keradangan yang jarang berlaku.
Simptom dialami itu dipercayai mempunyai kaitan dengan pandemik novel Koronavirus (Covid-19) yang berisiko kepada kanak-kanak berusia lima tahun ke bawah.
BACA > KAFA rayu derma daripada penyokong untuk bayar gaji bekas pemain — Suara Merdeka
Hal demikian disahkan Gabenornya, Andrew Cuomo yang menyatakan pandemik berkenaan turut memberi impak terhadap kesihatan mental semua orang.
Menurutnya, beliau menzahirkan kebimbangan terhadap sindrom dialami kanak-kanak tersebut yang mirip seperti keracunan akibat toksik dan penyakit Kawasaki.
“Termasuk keradangan pada saluran darah berpotensi menyebabkan kematian akibat kerosakan jantung.
“Tiga termasuk seorang kanak-kanak berusia lima tahun meninggal dunia selepas alami simpotom itu dan juga positif Covid-19 atau mempunyai kaitan dengan antibodi, tetapi masih belum diketahui,” katanya lapor portal Channel News Asia.
Sebelum ini, hampir semua negeri dalam AS mengambil keputusan untuk melonggarkan perintah berkurung.
BACA > PH, analogi rumah sewa — Suara Merdeka
BACA > PH sebenarnya khianat mandat rakyat — Suara Merdeka
Namun negeri seperti Arizona dan Mississippi masih mencatat peningkatan jangkitan.
![](/wp-content/uploads/2020/05/ANDREW-CUOMO-212x300.jpg)
Menurut Cuomo, tindakan berkenaan berisiko kepada negara yang boleh menyebabkan gelombang kedua pandemik virus itu.
Tambahnya, pegawai kesihatan negara sedang memantau 73 kes serupa yang beranggapan sebelum ini bahawa kanak-kanak tidak mudah dijangkiti Covid-19.
“Fakta berkenaan kini diragui. Kanak-kanak dan murid sekolah menunjukkan simptom mirip penyakit Kawasaki dan keracunan.
“Mungkin ia sebenarnya sudah berlarutan tanpa diagnosis bagi penyakit Covid-19,” jelasnya.
Katanya lagi, pegawai kesihatan negeri bekerjasama dengan Pusat Genome New York dan Universiti Rockefeller mengkaji sama ada sindrom tersebut mempunyai kaitan dengan geneik.
BACA > “Shahir dan Mastura, anda wira kami” — Suara Merdeka
BACA > Petugas barisan hadapan gendong warga emas dipuji KP Kesihatan — Suara Merdeka
Beliau juga diarahkan oleh persekutuan Pusat Kawalan dan Pencegahan Penyakit (CDC) bagi mendapatkan maklumat bagi mengenalpasti penyakit dan rawatan kes. – Agensi