fbpx
Sukan

Batshuayi menjadi di gelanggang Eropah

SUARAMERDEKA: Michy Batshuayi semakin menjadi dan kali ini dia tampil wira membantu Chelsea menumpaskan Ajax di gelanggang lawan meledak gol kemenangan lewat permainan untuk menewaskan Ajax 1-0 dalam saingan Kumpulan H Liga Juara-Juara.

Masuk sebagai pemain gantian, Batshuayi menjaringkan gol pada minit ke-86 untuk meraih tiga mata penting yang meletakkan Chelsea kini setanding dengan Ajax, yang mara ke separuh akhir musim lalu, di tangga teratas kumpulan pada enam mata.

“Ia terasa cukup besar, dan ia sentiasa menakutkan saya kerana banyak yang perlu dilakukan. Kami berhak untuk merasa teruja dengan cara kami bermain malam ini,” kata pengendali Chelsea Frank Lampard.

“Itu adalah coraknya. Tiada alasan dari sekarang untuk bermain kurang daripada itu.”

Chelsea akan berdepan Ajax di Stamford Bridge selepas ini – perlawanan yang akan menentukan siapa pendahulu sebenar saingan peringkat kumpulan ini.


Show More

shahrin

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad yang kehilangan kerja.

Related Articles

Back to top button