fbpx
Luar Negara

COVID-19: Arizona, Alabama, Florida, South Carolina dan Texas naik mendadak

BEKAS Pengarah Pusat Kawalan Penyakit di Amerika Syarikat (CDC) menyatakan lima negeri menyaksikan peningkatan mendadak kes baharu Covid-19.

Dalam masa yang sama, Tom Frieden yang menjadi pengarah pada 2009 sehingga 2017 juga menyatakan, lima negeri itu ialah Arizona, Alabama, Florida, South Carolina dan Texas berdepan risiko menyaksikan penularan besar dalam masa dua minggu.
[expander_maker id=”1″ more=”Baca Lagi” less=”Tutup”]

Sebelum ini wujud pelbagai kerisauan tindakan beberapa negeri di AS yang membuka kembali ekonomi terlalu pantas akan mengakibatkan gelombang kedua.

Menurut Friedan, ini dijangka berlaku jika keadaan semasa berkenaan langkah keselamatan dan kesihatan yang dilonggarkan berterusan.

“Apa yang akan berlaku di masa depan? Hanya masa yang akan menentukan.

“Namun ini semua boleh diubah jika kita melakukan penjarakan sosial, memakai penutup muka, membasuh tangan, menjejaki kontak dan melakukan saringan.


“Kita mampu menghentikan Covid-19 daripada menular. Jika kita tidak berhati-hati, Covid-19 akan kembali. Kita penat duduk di rumah namun Covid-19 tidak akan berhenti.

“Saya rasa mungkin ‘gelombang kedua’ tidak tepat. Kita tidak tahu apa yang akan berlaku dengan Covid-19.

“Ia tidak pernah berlaku kepada manusia sebelum ini. Apa yang kita saksikan adalah gelombang, peningkatan, kluster yang berlaku bergantung kepada kontak dan sama ada langkah yang diambil efektif.

“Jika anda lakukan pengesanan kontak dengan baik anda boleh mengelak kes daripada menjadi kluster, daripada menjadi wabak dan daripada wabak menular dan mengakibatkan masyarakat lumpuh,” katanya.

Beliau dalam masa yang sama turut risaukan perhimpunan politik termasuk oleh Presiden AS, Donald Trump di Tulsa di mana orang ramai berkumpul di kawasan tertutup tanpa memakai topeng muka.

Sebaliknya Friedan menjelaskan, penularan dijangka kurang berlaku dalam perhimpunan di kawasan luar seperti protes kematian George Floyd di mana orang ramai memakai topeng muka.

Beliau dalam masa yang sama menyatakan ada tanda positif yang vaksin akan dapat dihasilkan pada tahun depan.

Namun tegasnya, penting untuk memastikan pengeluar tidak mengambil jalan pintas dalam pembangunan dan ujian.

Jika ini berlaku, ia mampu mengurangkan keyakinan orang awam ke atas vaksin ini. – ASTRO AWANI
[/expander_maker]

Show More

Related Articles

Back to top button