Luar Negara

Hapus monopoli, 12 syarikat tawar bekalan elektrik di Singapura

WALAUPUN hanya sebuah negara yang kecil dengan 1.4 juta isi rumah, Singapura mempunyai 12 syarikat penyedia kemudahan elektrik.

Kewujudan kesemua syarikat tersebut adalah impak daripada pelan peliberalisasian pasaran tenaga di negara itu yang bermula sejak April 2018.

Justeru, rakyat Singapura mempunyai pilihan dalam mendapatkan bekalan elektrik berdasarkan kepada pakej yang memenuhi permintaan mereka.

Pilihan dapat dilihat menerusi satu kajian yang dilakukan oleh Pihak Berkuasa Pasaran Tenaga (EMA) negara itu terhadap sikap pengguna dalam memilih syarikat pembekal elektrik di kediaman mereka.

Berdasarkan kajian tersebut, lebih 90 peratus pengguna menggunakan peluang untuk membuat perbandingan tarif elektrik mengikut syarikat tertentu.

BACA > KDNK Malaysia berkembang 6.3 -7.5% tahun depan – Tengku Zafrul — Suara Merdeka

Justeru, melalui perbandingan tersebut, mereka berpeluang melihat syarikat yang menawarkan harga lebih murah.

Bagaimanapun, semua syarikat menawarkan tarif bil yang hampir sama namun beberapa faktor turut mempengaruhi pilihan bagi dilihat murah dan berbaloi.

Faktor selain harga yang dilihat menarik perhatian pelanggan adalah pakej ditawarkan berbeza bagi setiap syarikat.

Ia termasuklah tawaran kontrak sama ada ‘diikat’ atau berkeperluan untuk pembaharuan semua ataupun tidak.

Selain itu, antara pakej turut ditawarkan sekali adalah pelan jalur lebar yang akan disatukan dalam bil sama memudahkan pembayaran dibuat.

Malah terdapat juga syarikat yang menawarkan diskaun pada tempoh tertentu menjadikan pengguna mempunyai lebih banyak pilihan untuk memilih syarikat penyedia bekalan elektrik.

BACA > Singapura turunkan tarif elektrik 15 peratus Julai – September — Suara Merdeka

Kesemua kemudahan itu dapat dinikmati selepas kerajaan Singapura menghapuskan dasar monopoli dalam pasaran tenaga bagi mewujudkan persaingan sihat.

Oleh demikian, syarikat-syarikat terlibat akan bersaing sesama mereka untuk menawarkan pakej bekalan elektrik yang terbaik kepada pengguna.

Selain itu, tawaran bekalan elektrik juga dapat dibuat pada tarif yang bergantung kepada harga minyak dunia.

Justeru, melalu dasar negara itu, tarif elektrik akan disemak semula dalam suku atau tiga bulan sekali setiap tahun.

Hal ini diharap dapat dilihat dalam Malaysia agar kerajaan mewujudkan pilihan yang lebih kepada pengguna untuk mendapatkan bekalan elektrik.

Ini secara tidak langsung membantu meningkatkan kualiti kemudahan dalam menghapuskan monopoli bekalan tenaga.

Seperti di Singapura, syariat SP Group kekal pembekal tunggal namun hanya membekalkan kepada 12 syarikat dan pengguna yang memilih untuk kekal bersamanya.

BACA > Permohonan semakan saman misfeasans terhadap Najib ditolak — Suara Merdeka

Tenaga Nasional Berhad (TNB) boleh melakukan perkara yang sama dan keadilan serta ketelusan pasaran tenaga ini boleh dipantau oleh Suruhanjaya Tenaga. – SM

 

(Visited 687 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Wartawan

Wartawan, petugas media Suara Merdeka

Related Articles

Back to top button