Luar Negara

40 maut pengganas letup lori minyak

KEMENTERIAN Pertahanan Turki menuduh kumpulan pengganas Kurdish, PKK/YPG sebagai dalang yang bertanggungjawab melancarkan serangan di Afrin yang membunuh sekurang-kurangnya 40 orang termasuk 11 kanak-kanak dan mencedera berpuluh yang lain.

“Musuh kemanusiaan PKK/YPG sekali lagi menjadikan orang awam sebagai sasaran,” kata kementerian itu dalam kenyataannya.

Wartawan RAZALI AWANG, Media Syria Care melaporkan, sehingga laporan ini disiarkan, kumpulan berkenaan tidak memberikan sebarang reaksi berhubung serangan berkenaan.

Menurut Syrian Observatory for Human Rights (SOHR), lori tangki yang sarat dengan bahan letupan telah digunakan dan ia menyasarkan kawasan tumpuan orang ramai, Souk Ali.

Dalam kejadian pada tengahari Isnin, serangan dibuat ketika pasar berkenaan menjadi tumpuan penduduk untuk membuat persiapan berbuka puasa.

Letupan kuat turut menyebabkan kebakaran dan kerosakan di premis serta kenderaan berhampiran.

Susulan jumlah kecederaan yang ramai, kumpulan aktivis di kawasan berkenaan meminta orang ramai yang berada di sekitar menderma darah bagi menyelamat nyawa mangsa yang kebanyakannya mengalami lecur teruk akibat disambar api.

Afrin sebelum ini antara kubu kuat kumpulan pengganas Kurdish sehingga mereka dihalau dari situ oleh tentera Turki dan sekutu Syrianya dalam Operasi Olive Branch pada 2018. Foto Syria Care. – SM

(Visited 107 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

HASNURUL MOHAMED

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad yang kehilangan kerja.

Related Articles

Back to top button