Nasional

Hanya universiti swasta besar dapat bertahan

Profesor Dr. Mohd. Tajuddin Mohd. Rasdi berkata universiti swasta besar di negara ini akan dapat bertahan dan mengukuhkan kedudukan ekoran perubahan ekologi pendidikan pasca penularan wabak COVID-19.

Pensyarah UCSI University itu mengakui universiti swasta kecil yang sebelum ini nyawa-nyawa ikan kerana kekurangan jumlah pelajar tidak akan dapat bertahan.

“Universiti swasta kecil tidak akan dapat bertahan kerana dijangka berlaku penurunan kemasukan pelajar,” katanya kepada Suara Merdeka mengulas laporan mengenai masa depan yang universiti swasta di negara ini.

Dijangkakan banyak universiti swasta akan gulung tikar apabila jumlah kemasukan pelajar akan berkurangan pasca penularan wabak COVID-19.

Bagaimanapun, katanya universiti swasta besar akan mendapat manfaat apabila para pelajar berpindah ke universiti yang masih beroperasi untuk meneruskan pelajaran.

Kata Mohd. Tajuddin, kemasukan jumlah pelajar yang besar akan membolehkan universiti swasta besar membuat keuntungan yang lebih.

Para pelajar, jelas beliau, tidak akan berhenti separuh jalan pengajian mereka, kecuali ibu dan bapa tidak lagi mampu menyaranya.

Universiti swasta juga, kata beliau, perlu berlajar dan mengikut kaedah OUM yang menggunakan cara pengajian secara online.

Kaedah itu ujar beliau mengurangkan kos penyelenggaraan, kos pengajian dan kos menyediakan kemudahan asas.

Kata beliau, kos pengajian atau yuran akan dapat dikurangkan sehingga 50 peratus dan ini akan menarik lebih ramai memasuki universiti swasta.

Baca tulisan Murray Hunter di Asiasentinel di sini:

https://www.asiasentinel.com/p/the-collapse-of-malaysian-private

Audio komen Prof. Mohd Tajuddin

 

(Visited 275 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Borhan Abu Samah

Ketua Pengarang Suara Merdeka. Menjadi wartawan sejak 1993 dan pernah bertugas sebagai Pengarang Berita di Utusan Malaysia dan Utusan Malaysia 2.0. Koresponden Utusan Luar Negara di Jakarta. Pernah bertugas sebagai Ketua Biro Utusan Malaysia di Sarawak.

Related Articles

Back to top button