Nasional

PKPD dikenakan di empat lagi kawasan

EMPAT lagi kawasan dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) iaitu masing-masing di dua kawasan di Hulu Terengganu dan Kuala Kangsar Perak, bermula esok hingga 17 Februari ini.

Ini susulan peningkatan kes COVID-19 di kawasan terbabit.

Perkara itu diumumkan oleh Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dalam satu kenyataan hari ini.

Katanya, PKPD di FELDA Tersat di Hulu Terengganu membabitkan 198 rumah dengan 583 penduduk selepas Kementerian Kesihatan melaksanakan 420 ujian saringan sehingga Isnin lalu dan mengesan 45 kes positif COVID-19 di situ.

PKPD turut dilakukan di tapak pembinaan Kuarters TNB Kuala Berang, selepas KKM melaksanakan 386 ujian saringan dan 62 kes positif COVID-19 direkodkan.


“Susulan itu, atas nasihat dan penilaian risiko oleh KKM, kerajaan bersetuju melaksanakan PKPD di FELDA Tersat, Kuala Berang, Hulu Terengganu dan tapak pembinaan Kuarters TNB Kuala Berang mulai esok hingga 17 Februari depan,” katanya

Ismail Sabri berkata, Kementerian Kesihatan juga melaporkan kes Covid-19 di Felda Lasah dan Kampung Besi Api, di Kuala Kangsar, Perak turut meningkat.

Beliau berkata, sehingga 31 Januari lalu, Kementerian Kesihatan telah menjalankan 71 ujian saringan dan mengesan 35 kes positif Covid-19 di dua kawasan berkenaan.

“Susulan itu, kerajaan bersetuju melaksanakan PKPD di dua kawasan itu bermula esok hingga 17 Februari ini,” katanya. – SM

(Visited 93 times, 1 visits today)

Show More

Wartawan SuaraMerdeka

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad.

Related Articles

Baca Juga Artikel ini
Close
Back to top button