Mahkamah

Pengerusi pertubuhan asrama anak yatim direman isu tuntutan zakat

GARA-gara tuntutan wang zakat berjumlah RM116,640 seorang pengerusi Pertubuhan Asrama Anak-anak Saudara Kita, Yatim, Fakir dan Miskin hari ini ditahan reman bagi membantu siasatan.

Majistret Wan Aziantie Wan Ab Karim memerintahkan lelaki berumur 59 tahun itu direman selama enam hari bermula hari ini.

Menurut Bernama, suspek ditahan di pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Terengganu kira-kira pukul 2 petang semalam selepas hadir memberi keterangan.

Dia dikatakan mengemukakan satu dokumen permohonan bantuan wang zakat kepada Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Terengganu (MAIDAM) yang mengandungi butiran palsu pada 2018.

Suspek yang tiba di mahkamah kira-kira pukul 9.40 pagi tadi akan disiasat mengikut Seksyen 18 Akta SPRM 2009.

(Visited 74 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button