Luar Negara

Renjer, militan berbalas tembakan di Pattani

DUA termasuk seorang militan maut manakala dua renjer cedera parah dalam satu insiden berbalas tembakan di Daerah Panare, Pattani, Selatan Thailand hari ini.

Ketua Polis Pattani Mej Jen Piyawat Chalermsi berkata dalam kejadian kira-kira 2.00 petang (waktu tempatan), pihak berkuasa mengepung sebuah rumah di Kampung Rawo yang dipercayai menjadi tempat persembunyian anggota kumpulan militan.

“Apabila pasukan keselamatan memasuki perkarangan kampung, mereka ditembak sekumpulan lelaki bersenjata.

“Insiden berbalas tembakan antara pasukan keselamatan dan kumpulan lelaki bersenjata menyebabkan seorang anggota militan dan seorang sukarelawan maut di tempat kejadian manakala dua renjer cedera parah,” katanya.

Beliau menambah kumpulan lelaki bersenjata itu meloloskan diri dan pihak berkuasa mempergiatkan usaha untuk menjejaki mereka.

Chalermsi berkata siasatan awal mendapati anggota militan yang maut mempunyai dua waran tangkap iaitu pada tahun 2010 dan 2011. – BERNAMA

Tags
Show More

Related Articles

Back to top button
error: Isi kandungan ini di lindungi dari Copy & Paste !!
Close
Close