JenayahLuar Negara

Kanak-kanak antara yang maut di Thailand

Lebih 30 maut termasuk kanak-kanak dalam serangan tembakan rambang di daerah Uthai Sawan, wilayah Nong Bua Lamphu.

Menurut Mejar Jeneral Polis Achayon Kraithong, penyerang telah melepaskan tembakan pada tengah hari waktu tempatan di tengah bandar berkenaan.

Penyerang merupakan bekas anggota polis, telah melepaskan tembakan sebelum membunuh diri serta keluarganya.

Penyerang bernama Panya Khamrab, sebelum ini dia telah dipecat daripada jawatannya disebabkan penyalahgunaan dadah.

Kolonel Polis Jakkapat Vijittraithaya berkata, seramai 23 kanak-kanak adalah antara yang terbunuh, berusia antara dua hingga tiga tahun.

(Visited 190 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Baca Juga Artikel ini
Close
Back to top button