Luar Negara

PM Srettha minta bantuan Anwar Ibrahim bebaskan warga Thai ditahan Hamas

PERDANA Menteri Thailand, Srettha Thavisin meminta bantuan daripada rakan sejawatannya dari Malaysia, Dato’ Seri Anwar Ibrahim untuk membantu pembebasan rakyat Thailand yang didakwa dijadikan tebusan oleh tentera Hamas semasa pertempuran di Israel yang bermula Sabtu lalu.

Jurucakap Kerajaan Thailand, Chai Watcharong berkata, Srettha yang dalam lawatan kerja dua hari ke Malaysia mulai semalam membangkitkan isu warganegara Thailand yang diculik ketika bertemu dengan Perdana Menteri Anwar di Pejabat Perdana Menteri (PMO) di Putrajaya.

Permintaan itu diutarakan oleh Srettha kerana mengetahui hubungan baik yang terjalin di antara Malaysia Palestin.

“Perdana Menteri Srettha bimbang akan keselamatan tebusan warga Thailand. Ia adalah isu keselamatan yang sensitif. Kami tidak akan mendedahkan butirannya,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Semalam, Kementerian Luar Thailand mendakwa seramai 14 warganegaranya dijadikan tebusan sejak 7 Oktober lalu.

Kira-kira 20 warga Thailand juga dikhuatiri terbunuh dalam pertempuran itu.

Thailand turut meminta bantuan Arab Saudi, Mesir, Jordan dan Qatar untuk memudahkan rundingan bagi pembebasan tebusan warganegara Thailand.

Dalam masa yang sama, media tempatan melaporkan, Menteri Pertahanan Sutin Klungsang berkata, semua rakyat Thailand yang dijadikan tebusan dilaporkan selamat.

Kira-kira 30,000 rakyat Thailand bekerja di sektor pertanian di Israel. – SM

BACA Israel terus buru pemimpin pejuang Hamas

BACA Tentera Israel dakwa serangan Hamas satu kesilapan

(Visited 80 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

HASNURUL MOHAMED

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad yang kehilangan kerja.

Related Articles

Baca Juga Artikel ini
Close
Back to top button