Nasional

Malaysia masih belum buat keputusan untuk halalkan ganja seperti Thai

PERDANA Menteri berkata, Malaysia belum membuat sebarang keputusan berhubung cadangan membenarkan penggunaan ganja atau kanabis bagi tujuan perubatan seperti mana yang dilakukan oleh Thailand.

Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, hingga kini, kerajaan masih menunggu hasil  kajian, termasuk cadangan daripada Kementerian Kesihatan (KKM).

Setakat ini katanya, belum ada perkembangan mengenainya.

“Setakat ini, ia (cadangan itu) tidak dipandang secara serius. Kita akan menunggu dapatan serta cadangan Kementerian Kesihatan.

“Kita menunggu (laporan) dari sudut kesihatan kerana ia (penggunaan ganja) juga membabitkan aspek keselamatan,” katanya kepada media Malaysia selepas selesai melakukan lawatan rasmi dua hari ke Thailand di Bangkok hari ini. – SM

(Visited 49 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Wartawan SuaraMerdeka

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad.

Related Articles

Back to top button