fbpx
HaiwanLuar Negara

Nagaland haram penjualan daging anjing

NAGALAND sebual negeri di wilayah utara India mengharamkan penjualan daging anjing sekaligus menjadi langkah untuk menghentikan haiwan itu menjadi hidangan di atas meja makan.

Ketua Setiusaha Nagaland Temjen Toy yang mengesahkan larangan itu berkata, kerajaan negeri menghalang import dan penjualan daging anjing yang di masak atau tidak.

“Pemerintah negeri telah memutuskan untuk melarang import dan perdagangan daging anjing. Hargai keputusan yang diambil oleh Kabinet Negeri,”kata Temjen Toy.

Langkah itu amat dialu-alukan oleh pertubuhan pencinta haiwan namun dikritik hebat oleh segelintir kumpulan yang menyifatkan ia sebagai serangan terhadap budaya pemakanan di negeri itu.

Memakan daging anjing merupakan satu kesalahan disisi undang-undang di beberapa bahagian di negara India namun ia merupakan hidangan yang menyelerakan bagi segelintir komuniti yang lain.


Di Nagaland dan komuniti di Utara India daging anjing merupakan sebahagian tradisi juadah yang telah diamalkan beberapa dekat yang lalu.

Malah ada antara mereka menganggap daging haiwan itu mengandungi bahan perubatan bagi penawar penyakit tertentu.

“Notis pemberitahuan akan dikeluarkan mengikut undang-undang dan penguatkuasaan akan dilaksanakan oleh pihak berkuasa tempatan dan polis,” kata Mmhonlumo Kikon, jurucakap pemerintah Nagaland.

Media India melaporkan larangan itu berlaku setelah gambar anjing yang diikat di dalam karung di sebuah pasar basah dikongsi secara meluas di media sosial sehingga menimbulkan kemarahan.

Persekutuan Organisasi Perlindungan Haiwan India (FIAPO) dalam kenyataannya berkata, gambar tersebut sangat mengejutkan.

Kumpulan itu mendesak pemerintah Nagaland untuk segera mengharamkan penjualan daging anjing dengan segera.-SM

Show More

Related Articles

Back to top button