Luar Negara

50% penduduk dunia terdedah ancaman banjir, tsunami menjelang 2030

MENJELANG 2030 dianggarkan 50 peratus daripada penduduk dunia yang tinggal di kawasan pantai dijangka terdedah kepada ancaman banjir, ribut dan tsunami.

Sempena Hari Kesedaran Tsunami Sedunia, Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) dan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) telah menyenaraikan bencana tsunami yang berlaku sepanjang 100 tahun lepas, punca serta kesannya kepada masyarakat, bahaya selepas itu dan kematian.

Menurut laporan Agensi Anadolu, melaksanakan dasar dan langkah awal yang tepat serta sesuai dapat membantu mencegah potensi bencana.

PBB yang menyenaraikan tsunami sebagai antara bencana alam paling berbahaya memberi amaran bahawa urbanisasi dan pelancongan harus dicegah di kawasan yang mudah berlaku tsunami bagi mengelakkan risiko terhadap orang ramai.

Sri Lanka, India, Indonesia, Thailand dan Jepun adalah antara negara paling teruk terjejas, menurut kenyataan itu lagi.

Data PBB dan WHO menunjukkan kira-kira 260,000 orang terbunuh akibat 58 tsunami yang melanda dalam tempoh 100 tahun lepas.

Sejak beberapa tahun kebelakangan ini, Suruhanjaya Oseanografi UNESCO (IOC) menjalankan kajian untuk menyelaraskan perkhidmatan amaran awal tsunami.

Stesen Amaran Awal Tsunami dan Sistem Tebatan telah ditubuhkan untuk kawasan Pasifik, Lautan Hindi, Caribbean dan Atlantik Utara-Timur, Mediterranean dan di kawasan laut yang lain.

Dengan itu, UNESCO mahu meningkatkan kesedaran mengenai amalan yang harus dilaksana untuk meminimumkan kehilangan nyawa dan kerosakan harta benda akibat tsunami.

IOC turut menganjurkan latihan komunikasi dan pemindahan penduduk di negara anggota, di bawah program kesedaran mengenai tsunami. – SM

 

(Visited 298 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

HASNURUL MOHAMED

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad yang kehilangan kerja.

Related Articles

Back to top button