Politik

Tiada ceramah di Batu Sapi

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) melarang sebarang bentuk ceramah mana-mana pihak atau parti politik sepanjang tempoh berkempen bagi pilihan raya kecil (PRK) Parlimen Batu Sapi 5 Disember ini.

Pengerusinya, Datuk Abdul Ghani Salleh berkata, larangan itu turut melibatkan aktiviti bersemuka atau ziarah oleh calon atau penyokong parti ke rumah-rumah pengundi serta tidak dibenarkan aktiviti turun padang.

Utusan Malaysia melaporkan perkara itu adalah penambahbaikan dalam prosedur operasi standard (SOP) aktiviti kempen dalam pematuhan garis panduan pencegahan Covid-19 selepas pengalaman pilihan raya negeri (PRN) Sabah 26 September lalu selain dalam tempoh pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) di negeri itu.

SPR menetapkan tarikh penamaan calon bagi PRK Batu Sapi iaitu pada 23 November manakala hari pengundian awal 1 Disember ini.

Tempoh berkempen ditetapkan selama 12 hari bermula selepas pengisytiharan calon-calon yang bertanding sehingga pukul 11.59 malam 4 Disember.

(Visited 150 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Borhan Abu Samah

Ketua Pengarang Suara Merdeka. Menjadi wartawan sejak 1993 dan pernah bertugas sebagai Pengarang Berita di Utusan Malaysia dan Utusan Malaysia 2.0. Koresponden Utusan Luar Negara di Jakarta. Pernah bertugas sebagai Ketua Biro Utusan Malaysia di Sarawak.

Related Articles

Back to top button