fbpx
EkonomiNasional

Tesco, NESS, NEFIN capai persetujuan pemasangan solar

TESCO Stores (M) Sdn. Bhd., NE Suria Satu Sdn. Bhd. dan NEFIN Group capai persetujuan bagi memasang panel fotovoltaik solar (PV) di 15 cawangan Tesco seluruh negara.

Persetujuang tersebut dimeterai melalui perjanjian bersama syarikat usaha sama Petronas New Energy dalam Perjanjian Pembelian Kuasa (PPA) (Tesco-NES PPA).

Perjanjian Tesco-NESS PPA itu merupakan kerjasama jangka panjang terbesar syarikat itu bagi pemasangan dan penggunaan tenaga solar di Malaysia.

Kerjasama tersebut berlangsung selama 20 tahun bemula tahun ini sehingga 2040 sebagai langkah penyelesaian tenaga lestari syarikat itu.

“Usaha julung kali bersama Tesco menandakan komitmen kami.


BACA > MBSA pasang CCTV pantau mural Agong, pemimpin negara diconteng – Ahmad Maslan — Suara Merdeka

“Dalam merealisasikan matlamat kelestarian yang dapat memberi manfaat kepada semua.”

Lapor portal Utusan Malaysia memetik kenyataan Pengarah NESS dan Ketua Petronas New Energy, Dr. Jay Mariyappan.

Menurutnya, kerjasama tersebut menyaksikan fasa pertama projek Tesco-NES PPA secara kolektif menghasilkan sekitar 18 jam gigawatt (GWh) tenaga bersih setiap tahun.

Inisiatif itu mengurangkan sekitar pelepasan karbon ke atmosfera sebanyak 13,624 tan.

Projek tersebut dijalankan di Tesco terpilih dalam menyasarkan penggunaan tenaga mesra alam dan perniagaan karbon sifar menjelang 2050.

Pemasangan panel PV tersebut melibatkan beberapa Tesco di utara tanah air seperti Mergong, Stargate, Sungai Petani Selatan, Bukit Mertajam, Seberang Jaya dan Jitra.

BACA > Industri perladangan ditimpa masalah pembekuan pengambilan pekerja asing – CEO MPOA — Suara Merdeka

Selain itu Tesco di Perak dan Lembah Klang turut dipilih dalam projek tersebut seperti di Ipoh, Kampar, Station 18, Rawang, Klang, Puchong dan Bukit Puchong.

Sebuah lagi cawangan di Negeri Sembilan iaitu, Seremban Jaya turut dipilih untuk menggunakan panel solar PV.

Menerusi pemasangan panel PV itu juga, tenaga yang dihasilkan mampu menerangi kira-kira 104 stadium bersaiz olimpik secara serentak.

Atau, 804,905 rumah yang mempunyai tiga bilik tidur selama setahun.

Dalam pada itu, Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) NEFIN, Glenn Lim berkata, kerjasama dengan Petronas New Energy itu memberikan penyelesaian solar berkualiti tinggi.

Menurutnya, kerjasama tersebut menggabungkan kepakaran dan pengalaman NEFIN dan Petronas New Energy melalui tenaga yang diperbaharui termasuk reka bentuk.

Kata Glenn, penyelesaian tenaga lestari itu dapat merealisasikan peneutralan karbon.

Sebanyak 650 megawatt (MW), projek solar di bawah Petronas kini sedang beroperasi.

BACA > Selepas PKPP: Muhyiddin balik Muar, makan asam pedas — Suara Merdeka

Ia termasuk projek yang sedang dalam pembinaan di India dan Dubai serta projek lebih 1GW sedang dalam pembangunan. – SM

Show More

Mohamad Athir Ismail

Penulis merupakan antara wartawan Utusan Malaysia dan Utusan Online yang terakhir berkhidmat sebelum Utusan Melayu (M) Berhad ditutup.

Related Articles

Back to top button