Nasionalpilihan

Program Lampu Jalan Kampung berjaya tingkatkan kegiatan ekonomi, sosial dan riadah waktu malam

KEMENTERIAN Pembangunan Luar Bandar telah melaksanaan program Lampu Jalan Kampung (LJK) bertujuan untuk menceriakan kawasan liputan supaya kegiatan ekonomi, sosial dan riadah dapat dijalankan pada waktu malam dengan selesa dan selamat.

Perlaksanaan program LJK ini telah disempurkan secara berperingkat-peringkat dan kos operasi serta penyenggaraan akan ditanggung oleh Kerajaan secara berterusan.

Semua LJK yang telah siap dipasang akan diserahkan kepada Pihak Berkuasa Elektrik Negeri (PBEN) iaitu Tenaga Nasional Berhad (TNB) di Semenanjung Malaysia untuk dioperas dan disenggara secara berterusan.

Menurut Ketua Setiausaha Kementeran Pembangunan Luar Bandar, Datuk Ramlan Harun, Program Pemasang LJK ini antara projek yang diberikan keutamaan oleh keajaan bagi memastikan bahawa pencahayaan turut diberikan kepada Kawasan luar bandar.

“Pencahayaan ini juga turut memainkan peranan penting sekaligus meningkatkan keselesaan dan keselamatan masyarakat luar bandar dalam menjalani kehidupan seharian,”


Ketua Setiausaha Kementeran Pembangunan Luar Bandar, Datuk Ramlan Harun ketika berucap di Majlis Penyerahan Lampu Jalan Kampung Semenanjung 2019/2022 di Putrajaya hari ini. Foto: SuaraMerdeka

“Baru-baru ini, YB Menteri Pembangunan Luar Bandar telah melancarkan Aspirasi Kampung Sejahtera, satu konsep ikonik selaras dengan Wawasan Luar Bandar Sejahtera yang diaspirasikan melalui Dasar Pembangunan Luar Bandar (DPLB).”

Beliau berkata demikian ketika Majlis Penyerahan Lampu Jalan Kampung Semenanjung 2019/2022 di Putrajaya hari ini.

Projek LJK ini telah dimulakan pada 17 November 2021 dengan kos keseluruhan bernilai RM 32.1 Juta manakal tempoh tanggungan kecacatan adalah selama 2 tahun iaitu pada 18 November 2021 sehingga 18 November 2023.

Sebanyak 22,520 unit lampu jenis High Pressure Sodium Vapour (HPSV) dan 6,967 unit lampu jenis Light Emmiting Diode (LED) telah dipasan dalam projek ini menjadikan bilangan keseluruhan sebanyak 29,487 unit lampu. Kebnyakkan lokasi pemasangan lampu-lampu ini adalah di persimpangan dalam kampung, jalan kampung yang digunakan secara umum, hadapan Kawasan balai raya, surau atau rumah ibadat dan kawasan perkuburan.

KPLB juga menjalin kerjasama dengan Kementerian Tenaga Sumber Asli (KeTSA) turut sama memberi komitmen kepada penduduk luar bandar dengan pemasangan tambahan sebanyak 25,000 unit LJK jenis LED, dengan kos pemasangan ditanggung sepenuhnya daripada dana Incentive Based Regulations (IBR) yang dilaksanakan oleh TNB.

KPLB juga akan menanggung kos operasi dan senggaraan (O&M) melalui peruntukan mengurus bejumlah lebih RM102 juta setahun bagi kesemua 525,654 unit LJK yang telah dipasang di seluruh Malaysia.

Pada masa ini, KPLB juga sedang melaksanakan inisiatif kajian rintis pemasangan LJK jenis Solar LED yang telah dipasangdi Hulu Perak dan Lawas serta sedang dalam pemasangan di beberapa Perkampungan Orang Asli di Perak, Johor, Pahang dan Kelantan. Projek rintis ini pula dilaksanakan sepenuhnya oleh Jabatan Kerja Raya (JKR) Malaysia.

“Melihat kepada jumlah kos yang ditanggung oleh kerajaan dalam melaksanakan projek ini membuktikan komitmen kerajaan dalam memastikan kesejahteraan luar bandar sentiasa menjadi agenda KPLB,” kata Ramlan lagi.

Beliau juga merakamkan penghargaan atas kerjasama pihak-pihak yang terlibat dalam menjayakan Program LJK seperti TNB, Kontraktor dan Bahagian-Bahagian KPLB yang terlibat dalam memastikan projek ini dapat disempurkan serta memberi manfaat kepada maysarakat luar bandar. – SM

Artikel berkaitan > KPLB lancar Aspirasi Kampung Sejahtera untuk capai SDG 2030

 

(Visited 106 times, 1 visits today)

Show More

Related Articles

Back to top button