Nasionalpilihan

Pelitawanis hulur sumbangan kepada Hospital Kuala Nerang

Persatuan Wanita Tenaga Nasional Berhad, PELITAWANIS TNB Kebangsaan menghulurkan sumbangan berupa sebuah unit mesin hemodialisis dan 10 buah kerusi roda kepada Hospital Kuala Nerang, Kedah.

Sumbangan itu satu daripada tanggungjawan sosial korporat (CSR) oleh syarikat tersebut yang turut disempurnakan oleh Menteri Pembangunan Luar Bandar, Datuk Seri Mahdzir Khalid pada hari ini.

Mahdzir yang juga Ahli Parlimen Padang Terap berkata, beliau mengucapkan jutaan terima kasih kepada Pelitawanis TNB atas inisiatif yang diambil.

“Sememangnya sumbangan tersebut amat bermakna kepada penduduk di Parlimen Padang Terap ini dah boleh dimanfaatkan sepenuhnya oleh pihak pengurusan Hospital Kuala Nerang, sekaligus meningkatkan lagi tahap perkhidmatan hospital itu kepada rakyat.

“dana bagi membeli mesin yang anggaran harganya bernilai RM40,000 seunit dan 10 buah kerusi roda itu adalah hasil daripada kutipan Majlis Malam Amal PELITAWANIS TNB 2020,” katanya.

Dalam pada itu, sebanyak 37 unit mesin hemodialisis telah diagihkan ke seluruh Semenanjung Malaysia dan Sabah melalui PELITAWANIS TNB di peringkat cawangan.

Persatuan yang dianggotai oleh kakitangan wanita dan isteri kakitangan TNB itu aktif menjalankan pelbagai program CSR bersama masyarakat terutamanya menyantuni golongan B40 dan asnaf yang terkesan dengan pandemik COVID-19. -SM

(Visited 540 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button