Politik

Siti Kassim sangka menteri agama pakai jam Rolex tapi…

PEGUAM Siti Kassim tersasar dalam sangkaannya bahawa Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Idris Ahmad memakai jam berjemana mewah Roleks.

Dalam hantaran di Twitter, Siti Kassim berkongsi gambar Naib Presiden Pas itu sedang berdoa yang menampakan pergelangan tangan menteri terbabit memakai jam berwarna emas.

Tidak bertangguh, Siti Kassim meminta penggikut media sosialnya memerhati jam berwarna emas yang dipakai  oleh Idris.

“Dengar-dengar dia adalah Menteri Agama yang baru sekarang. Heboh berdoa di lantai pejabat. Juga memakai tanda nama Jawi sahaja. Tiada BM. Tetapi lihat jam tangan emas Rolex-nya,” ciap Siti Kasim di Twitter.

Rolex adalah jam mewah jenama antarabangsa berharga lebih RM100,000.

Bagaimanapun sangkaan Siti Kasim itu diperbetulkan oleh Idris. Menurutnya, beliau hanya memakai jam berjenama Buruj yang berharga tidak sampai RM300.

“Untuk pengetahuan, jam Buruj ni lama dah saya pakai, senang nak tahu waktu solat dan arah kiblat.

“Boleh solat kat mana-mana. Dalam pejabat yang baru masuk pun boleh solat sebab senang nak tentukan arah kiblat,” terang Idris membalas ciapan Siti Kassim di Twitter peguam kontroversi itu.

Ramai yang menegur Siti Kassim kerana status yang dibuat oleh peguam itu disifatkan sebagai fitnah kepada menteri tersebut.

Malah ada yang menggesa Siti Kassim untuk memohon maaf kepada Idris termasuk Tan Sri Dr. Jemilah Mahmood.

“Sila minta maaf. Tolong lakukan perkara yang betul,” kata Dr. Jemilah.

Sementara itu ada juga yang menegur kesalahan Siti Kassim terhadap penggunaan tulisan jawi pada tag nama Idris.

Dalam hantaran itu Siti Kassim mendakwa tag nama Idris tidak menggunakan bahasa Malaysia (BM).

“Jawi itu tulisan asal BM, sebelum rumi diperkenalkan. Mengatakan jawi bukan BM, itu kejahilan sejarah.

“Tak perlu pertikai dia mahu sembahyang mana, atau mau pakai jam apa. Itu pilihan peribadi, sebagaimana setiap orang berhak pilih rambut kaler apa dan saiz pinggang berapa,” kata Rem Dambul.

Menurut mereka, jawi merupakan sistem tulisan yang boleh digunakan untuk menulis perkataan dan ayat dalam bahasa Malaysia dan bahasa Melayu.

Jawi adalah sistem tulisan lama yang digunakan oleh masyarakat Melayu suatu ketika dahulu sebelum beralih kepada tulisan rumi dari barat.-SM

 

(Visited 1,947 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button