fbpx
Nasional

Laporan portal Malaysia Kini beri gambaran negatif terhadap Zahid Hamidi

RM447,000 di isu Cergas Murni untuk bayar gangster, tiada kaitan dengan tertuduh

SEKALI lagi laporan portal berita Malaysia Kini terhadap kes perbicaraan membabitkan Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi memberi gambaran negatif terhadap Presiden UMNO yang berhadapan dengan 47 pertuduhan membabitkan Yayasan Akal Budi pecah amanah dan penggubahan wang haram di bawah AMLA.

Wang berjumlah RM447,000 yang di isu oleh syarikat Cergas Murni Sdn. Bhd kepada Lewis & Co, pemegang amanah Yayasan Akal Budi, adalah wang perlindungan untuk diberi kepada gangster.

Cek yang diberikan kepada Omar Ali sebagai tukaran tunai (in exchange of cash) itu, bahagian penerimanya dibiarkan kosong. Omar Ali yang masukkan cek tersebut ke Lewis & Co. Oleh itu tidak ada kena mengena dengan Yayasan Akal Budi, Lewis & Co dan Omar Ali dengan pembayaran wang perlindungan oleh Paul Latimer dan syarikat Cergas Murni itu.

Laporan itu seolah-olah memberi gambaran Lewis&Co selaku pemegang amanah Yayasan Akal Budi, adalah pemegang amanah wang perlindungan gangster.

BACA: KES BICARA AHMAD ZAHID: TAJUK LAIN, ISI LAIN
KLIK: https://suaramerdeka.com.my/kes-bicara-ahmad-zahid-tajuk-lain-isi-lain/


Kenyataan yang diberi oleh kontraktor, Datuk Paul Latimer di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini sebagai saksi kedua pendakwaan sebenarnya memberitahu mahkamah bahawa cek itu bukanlah untuk bayaran kepada gangster semata-mata.

Kata Paul, Cek itu adalah untuk ditukarkan kepada tunai, tunai itu yang di bayar kepada gangster untuk duit gangster dan wang perlindungan.

Ini kerana ujar Paul, syarikat menghadapi masalah projek pembinaan jambatan di Klang kerana gangster di kawasan tersebut.

Jika membaca tajuk yang diberikan oleh portal berita berkenaan, pembaca akan beranggapan yang silap terhadap tertuduh secara keseluruhannya.

Begini jalan cerita setelah diringkaskan atau rumusan keterangan Paul Latimer siang tadi.

  1. Syarikat Cergas Murni adalah sebuah syarikat pembinaan yang pada ketika itu sedang membuat projek Jambatan di Klang.
  2. Dalam pada itu mereka menghadapi masalah gangster di Klang, Selangor.
  3. Untuk menyelesaikan masalah gangster di Klang mereka membuat keputusan untuk membayar gangster tersebut dengan wang tunai.
  4. Bagi mengeluarkan wang tunai, mereka menggunakan khidmat Omar Ali (seorang pengurup wang).
  5. Omar Ali kemudian mengambil cek tersebut dan memberikan tunai kepada mereka.
  6. Wang tunai yang di berikan kepada Cergas Murni dan Paul Latimer tadi telah diberikan kepada gangster bagi memudahkan kerja projek di Klang tersebut.
  7. Paul tidak kenal Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi (tertuduh), dia hanya kenal Ahmad Zahid melalui akhbar dan televisyen.
  8. Cek yang diterima oleh Omar Ali sebagai tukaran kepada tunai(in exchange of cash) telah diberikan kepada Lewis & Co sebagai Pemegang Amanah Yayasan Akal Budi, sama seperti syarikat-syarikat lain yang berurusan dengan Omar Ali, dia menggunakan Lewis & Co untuk masukkan duit-duit itu di situ.

Kesimpulannya, tajuk berita Malaysia Kini hari ini, misleading! Wang RM447,000 melalui cek itu bukanlah untuk bayar gangster. Cek itu adalah untuk ditukarkan kepada tunai, tunai itu yang di bayar kepada gangster. – SM

Show More

HASNURUL MOHAMED

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad yang kehilangan kerja.

Related Articles

Back to top button