fbpx
Nasional

Tempoh reman pegawai polis disyaki rogol dua wanita Mongolia dilanjutkan

KUALA LUMPUR, 16 April — Tempoh reman terhadap seorang pegawai polis yang disyaki merogol dua wanita Mongolia minggu lepas dilanjutkan sehingga 18 April bagi membantu siasatan.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Selangor Datuk Fadzil Ahmad berkata  kes itu masih dalam siasatan dan akan dirujuk kepada pihak pendakwa raya untuk keputusan lanjut.

“Suspek disambung reman sehingga 18 April,” katanya ringkas ketika dihubungi hari ini.

Sebelum ini Bernama melaporkan Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman Datuk Huzir Mohamed berkata pegawai polis berkenaan disiasat mengikut Akta Antipemerdagangan Orang dan Antipenyeludupan Migran (Atipsom) 2007, serta kes rogol.

Ahad lepas, seorang anggota polis berpangkat Inspektor ditahan selepas disyaki merogol dua wanita di sebuah hotel di Petaling Jaya.


Suspek berusia 30 tahun itu ditahan selepas polis menyelamatkan wanita yang masing-masing berusia 20 dan 37 tahun di hotel berkenaan, dan telah direman selama lima hari.

— BERNAMA

(Visited 7 times, 1 visits today)

Show More

Related Articles

Back to top button