Nasional

Lagi pencemaran air, polis buka kertas siasatan

SUSULAN satu lagi pencemaran air yang dikesan di Loji Rawatan Air (LRA) Rantau Panjang, Selangor, polis telah membuka satu kertas siasatan berkaitan laporan berkenaan.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Selangor, Datuk Fadzil Ahmat berkata, siasatan dilakukan di bawah Seksyen 430 Kanun Keseksaan.

“Kita telah menerima laporan daripada seorang pegawai penguatkuasa Lembaga Urus Air Selangor (LUAS) kira-kira pukul 3 petang tadi.

“Laporan itu dibuat susulan pencemaran air yang dikessan di LRA Rantau Panjang,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Menurut Fadzil, siasatan awal LUAS mendapati air di loji disyaki mengandungi bahan solvent hingga ke tahan lapan ton.

Jelasnya, ekoran daripada itu, bekalan air terpaksa ditutup hingga kerja-kerja pembersihan selesai.

Tambahnya, siasatan terhadap kes tersebut masih diteruskan.

LUAS dalam kenyataannya petang tadi memberitahu empat loji rawatan air (LRA) Sungai Selangor Fasa 1, 2, 3 dan Rantau Panjang dihenti tugas susulan pengesanan pencemaran sumber air mentah pada pukul 12.45 tengah hari tadi.

Pengesanan pencemaran dan henti tugas itu menyebabkan gangguan bekalan air tidak berjadual melibatkan tujuh wilayah dengan sejumlah 1,139,008 juta isi rumah. -SM

 

(Visited 156 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Baca Juga Artikel ini
Close
Back to top button