Nasional

Raja Muda Perlis titah rakyat supaya sentiasa bersedia dengan sebarang bencana

Raja Muda Perlis Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail mengingatkan rakyat supaya sentiasa membuat persediaan sendiri bagi menghadapi sebarang bentuk bencana alam terutama bagi mereka yang tinggal atau bekerja di kawasan berisiko tinggi.

‘Bencana alam boleh berlaku tanpa terduga seperti banjir, jerebu, kebakaran, gempa bumi, tsunami, ribut petir, puting beliung, gunung berapi dan tanah runtuh. Oleh itu amat penting untuk setiap anggota masyarakat menyediakan ‘Beg Kecemasan Khas’ masing-masing. Antara perkara penting yang perlu ada iaitu salinan buku panduan kecemasan, kad pengenalan dan pasport, sijil kelahiran dan perkahwinan, buku bank dan kad kredit, radio, wisel dan lampu picit, kad perubatan, ubat-ubatan, telefon bimbit dan pengecas bateri serta pakaian. Amalan ini sudah dipraktikkan di negara-negara maju dengan rakyat yang bermentaliti kelas pertama seperti Switzerland, Skandinavia, Jepun dan sebagainya’.

Demikian titah baginda selepas berkenan berangkat menyampaikan sumbangan bantuan agihan zakat Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis sempena program MAIPs Peduli bilangan ke 9 bagi tahun 2021 yang diadakan di Masjid Ar-Raudhah, Sg Batu Pahat kepada seramai 25 orang warga asnaf terpilih dalam kalangan anak kariah masjid berkenaan.

Hadir menyambut baginda ialah Ketua Pegawai Eksekutif MAIPs, Hj Mohd Nazim Mohd Noor.

Bersekali dengan program itu juga baginda beserta ahli-ahli kayuhan yang lain turut singgah melawat Pusat Konservasi Hidupan Liar (Napoh) yang dikendalikan oleh Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara – Perhilitan, Pusat Biotek Technology Park Malaysia dan juga Taman Buah-buahan Eksotik Jabatan Pertanian Negeri yang kesemuanya terletak di Sg Batu Pahat.

(Visited 89 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Borhan Abu Samah

Ketua Pengarang Suara Merdeka. Menjadi wartawan sejak 1993 dan pernah bertugas sebagai Pengarang Berita di Utusan Malaysia dan Utusan Malaysia 2.0. Koresponden Utusan Luar Negara di Jakarta. Pernah bertugas sebagai Ketua Biro Utusan Malaysia di Sarawak.

Related Articles

Back to top button