Nasional

Lelaki mengaku SU Sulit Menteri ditahan lakukan ugutan jenayah

SEORANG lelaki yang mengaku bekerja sebagai setiausaha politik kepada seorang Menteri ditahan kerana melakukan ugutan jenayah pada 3 November lalu.

Namun, semakan dengan pejabat Menteri tersebut telah menafikan suspek bekerja dengannya.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Selangor, Datuk Fadzil Ahmat berkata, pihaknya menerima laporan ugutan jenayah yang dilakukan suspek kira-kira pukul 4.30 petang di Jalan Wangsa 2, Bukit Antarabangsa.

“Tiga suspek iaitu dua lelaki dan seorang wanita telah datang ke kedai rokok elektronik di mana tempat mangsa bekerja.

“Seorang daripada suspek telah menarik baju mangsa sambil memberi amaran supaya tidak bercakap kasar sambil mengacukan sebilah gunting kepadanya,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Menurut Fadzil, suspek telah memaksa mangsa untuk menunjukkan rumah majikannya.

Jelasnya, mangsa akur serta membawa suspek ke rumah majikannya di Bukit Antarabangsa sebelum ditinggalkan di tepi halan.

“Susulan itu, satu tangkapan telah dilakukan melibatkan seorang lelaki berusia 26 tahun pada pukul 11 malam.

“Suspek kini sedang direman selama empat hari bermula hari ini manakala dua lagi suspek yang masih bebas sedang dikesan,” katanya.

Tambahnya, motif kejadian masih dalam siasatan dan kes disiasat mengikut Seksyen 506 Kanun Keseksaan. -SM

(Visited 190 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button