Jenayah

Dadah bernilai RM47.2 juta dari Brazil dan Taiwan dirampas di Sarawak

Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Bukit Aman, Sarawak berjaya merampas dadah bernilai RM47.2 juta dalam lima serbuan. Dalam operasi ini, polis berjaya menumpaskan  sindiket pengedaran dadah untuk pasaran tempatan.

Serbuan yang membabitkan pusat hiburan, premis dipercayai stor penyimpanan dadah dan kawasan di sekitar Miri.

Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Bukit Aman, Serawak mempamerkan hasil baragan rampasan

Satu sindiket dipercayai mula aktif sejak Februari 2023 dengan modus operandinya adalah membawa masuk bekalan dadah dari Brazil dan Taiwan serta menjadikan premis kediaman sebagai stor penyimpanan dadah untuk diedarkan untuk untuk pasaran tempatan di sekitar Sarawak.

Dalam operasi ini pihak polis telah berjaya merampas dadah jenis MDMA seberat 81.8 kilogram, Ketamin seberat 686.7 kilogram dan Erimin 5 seberat 1.15 gram yang dianggarkan bernilai RM47.2 juta.

Hasil serbuan di pusat hiburan dapati (57) orang positif dadah manakala (4) lagi serbuan berikutnya berjaya menangkap (1) lelaki melayu dan (2) lelaki cina berumur  28 hingga 37 tahun yang dipercayai terlibat dengan aktiviti pengedaran dadah.

Saringan awal polis mendapati ketiga-tiga suspek postif dadah jenis Amphetamine dan Methamphetamine.

Tindakan juga diambil di bawah Akta Dadah Berbahaya (Pelucuthakan Harta) 1988 di mana telah berjaya menyita pelbagai aset bernilai  bernilai RM 84,757.00. Jumlah keseluruhan rampasan dadah dan sitaan bernilai RM47,292,389.00.

Kes disiasat di bawah Seksyen 39B ADB 1952 dan suspek direman selama (7) hari bermula 19 Jun 2023 bagi membantu siasatan.

JSJN menyeru masyarakat untuk terus menyalurkan maklumat berkaitan aktiviti pengedaran dadah yang berlakh di sekeliling anda melalui Hotline JSJN di talian 012-208 7222.

Artikle Berkaitan:>

Kementerian Dalam Negeri teliti rang undang-undang baharu hantar pesalah dadah ke institut pemulihan

Empat ditahan, RM5.5 juta dadah dirampas

(Visited 93 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Baca Juga Artikel ini
Close
Back to top button