JenayahNasional

Empat ditahan, RM5.5 juta dadah dirampas

POLIS berjaya menahan empat termasuk tiga wanita warga Vietnam dan merampas hampir 80 kilogram (kg) dadah dianggarkan bernilai RM5.5 juta dalam dua serbuan di Pantai Remis, Manjung, Perak, Sabtu lalu.

Sinar Harian melaporkan, seorang lelaki tempatan dan tiga wanita warga Vietnam berusia 32 hingga 39 tahun ditahan dalam serbuan antara pukul 7 pagi dan 3.30 petang.

Ketua Polis Perak, Datuk Yusri Hassan Basri berkata, sindiket itu dipercayai aktif sejak awal tahun lalu dengan menjadikan kediaman sendiri dan rumah sewa sebagai tempat memproses serta membungkus dadah.

Beliau berkata, dadah yang siap diproses dan dibungkus itu diedarkan di seluruh Perak.

Katanya, 245 biji pil ecstasy dan 1.22kg serbuk disyaki ecstasy bernilai RM95,043 berjaya dirampas dalam serbuan pertama manakala empat individu yang juga pekerja, ditahan.

“Tangkapan ini membawa kejayaan kepada serbuan kedua di sebuah rumah di kawasan Panchor, Pantai Remis,” katanya.

Dalam serbuan kedua, polis berjaya merampas  11,838 biji pil ecstasy dianggarkan 5.59kg, serbuk seberat 38.3kg dan 31.3kg cecair disyaki ecstasy.

Yusri berkata, daun kering disyaki ganja seberat 2.05kg, ketulan kristal disyaki methamphetamine (844g) dan dadah disyaki heroin (162g) dengan nilai keseluruhan RM5.42 juta turut ditemui.

“Polis juga merampas bahan kimia dan pelbagai peralatan untuk memproses dan membungkus dadah,” ujarnya.

Katanya lagi, tiga kenderaan mewah termasuk sebuah Ford Mustang, seutas rantai dan cincin dianggarkan bernilai lebih RM763,693 turut disita.

Beliau berkata, hasil ujian air kencing mendapati empat suspek yang ditahan positif dadah jenis amphetamine.

“Semakan rekod mendapati suspek lelaki mempunyai sembilan rekod kesalahan lampau berkaitan kes jenayah,” jelasnya.

Beliau berkata, kesemua suspek direman tujuh hari sehingga 8 April ini bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952. – SM

BACA Pengendali skuad anjing pengesan latih tupai untuk kesan dadah

BACA “Friends of Customs” mampu tingkat banteras penyeludupan dadah

(Visited 84 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

HASNURUL MOHAMED

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad yang kehilangan kerja.

Related Articles

Back to top button