KesihatanNasionalNegeri

YTSP Perlis, rakan strategiknya sumbang pelbagai peralatan kepada HODK

YAYASAN Tuanku Syed Putra (YTSP) Perlis bersama rakan strategiknya bertindak menghulurkan pelbagai jenis peralatan kepada Hospital Duchess Of Kent (HODK) Sandakan, Sabah baru-baru ini.

Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail berkenan menyaksikan penyerahan tersebut ketika berangkat merasmikan pembukaan wad pediatrik hospital berkenaan.

Wad pediatrik itu telah dijenamakan semula sebagai Wad Kanak-Kanak Tuanku Syed Putra.

Keberangkatan tiba Baginda disambut oleh Pengarah HODK, Dr. Mohd Fahmie Datuk Dr Othman.

Antara yang disumbangkan ialah dua unit Vital Signs Monitors daripada Mutiara Perlis Sdn. Bhd yang disampaikan oleh Wan Ahmad Zaheed Wan Mohamad; dan Datuk Mohd Redza Shah Abdul Wahid mewakili E A Technique Berhad menyumbangkan tiga unit Portable Ophthalmoscopes dan KPJ Berhad pula sebuah Medication Fridge (315L).

Profound Radiance Sdn. Bhd. melalui Datuk Azlan Shah Jaffril pula menyumbangkan dua unit Otoscope Sets With HD Lights, 1 unit Suction Machine dan sebuah Transport Stretcher.

Majlis Agama Islam Dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs) yang Ketua Pegawai Eksekutif (CEO)nya, Mohd Nazim Mohd Noor menyerahkan sumbangan wakaf peralatan berupa mesin ECG dan kerusi roda.

Turut disampaikan ialah sumbangan wang tunai MAIPs kepada pesakit di wad kanak-kanak dan juga wad bersalin.

Tuanku Syed Faizuddin Putra merangkap Pengerusi YTSP Perlis berkenan beramah mesra dengan pesakit.

Semasa bertitah, Baginda yakin dengan pembukaan wad pediatrik ini akan membolehkan para petugas kesihatan di sini memberikan khidmat bakti cemerlang untuk merawat kanak-kanak di daerah Sandakan dan sekitarnya.

“Penduduk setempat akan mendapat khidmat perawatan dan kesihatan yang bertaraf tinggi seperti hospital pakar yang lain,” titah Baginda.

Jelas Baginda, apa yang lebih penting adalah memastikan perkhidmatan kepakaran perubatan terutama dalam bidang kanak-kanak lebih dekat kepada komuniti bagi meningkatkan tahap kesihatan warga tempatan. – SM

BACA Bersama fahami al Quran dan hadis-Raja Muda Perlis

BACA Proses lahirkan semangat perpaduan bermula di sekolah rendah – Raja Muda Perlis

(Visited 239 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Baca Juga Artikel ini
Close
Back to top button