AgamaNasionalNegeri

Bersama fahami al Quran dan hadis-Raja Muda Perlis

RAJA Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail bertitah supaya umat Islam bersama memahami al Quran dan hadis kerana ia menjadi tunjang dalam menegakkan agama.

Baginda bertitah ini kerana hadis merupakan sumber dalil hukum yang utama dalam Islam selepas al Quranul Karim.

Titah Baginda, tanpa hadis, syariat Islam itu tidak dapat difahami dalam konteks yang menyeluruh kerana ia adalah huraian dari kandungan ayat al Quran.

“Dalam mempelajari ilmu berkenaan hadis memang terdapat disiplin-disiplin ilmu yang perlu difahami sebelum sesuatu hadis itu boleh diamalkan dalam kehidupan atau diajarkan kepada masyarakat,” titah Baginda.

Demikian titah Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail selepas berkenan berangkat menyampaikan sumbangan zakat Majlis Agama Islam Dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs) kepada 90 asnaf di Masjid Al-Ehsan, Kampung Darat Beseri baru-baru ini.

Seramai 68 penerima adalah anak kariah Kampung Darat dan 22 penerima lagi dari Kariah Beseri Sungai Paya.

Baginda berkenan menyampaikan RM700 setiap seorang dengan jumlah keseluruhan RM63,000.

Sebelum itu, Jabatan Kesihatan Negeri mengadakan saringan pemeriksaan kesihatan ke atas para penerima zakat.

Juga diadakan Ceramah Promosi Gaya Hidup Sihat bertemakan Perlis Hebat! Rakyat Hidup Sihat Sejahtera. – SM

BACA Fikir positif integriti boleh dicari – Raja Muda Perlis

BACA Martabatkan pendidikan al-Quran – Raja Muda Perlis

(Visited 151 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button