![](/wp-content/uploads/2023/03/WhatsApp-Image-2023-03-19-at-16.36.07.jpeg)
Jabatan Kastam DiRaja Malaysia (JKDM) Perlis yakin menerusi program Khidmat Bakti Masyarakat (CSR) “Friends of Customs” akan mampu meningkatkan kerjasama antara Malaysia-Thai bagi menangani dan membanteras penyeludupan dadah.
Pengarahnya, Ismail Hashim berkata, sudah pasti juga JKDM yang bertugas di kawasan sempadan perlu bekerjasama dengan pihak Thailand.
![](/wp-content/uploads/2023/03/WhatsApp-Image-2023-03-19-at-16.37.20-1-723x1024.jpeg)
BACA https://suaramerdeka.com.my/abdul-latif-ketua-pengarah-kastam-baharu/
“Sekaligus kerjasama bileteral yang baik antara Malaysia-Thai ini akan memberikan impak pada jangka panjang,” katanya pada sidang media selepas program Khidmat Bakti Masyarakat “Friends Of Customs” di pekarangan Perumaham Kastam di Jalan Stadium, Kangar hari ini.
![](/wp-content/uploads/2023/03/WhatsApp-Image-2023-03-19-at-16.58.09.jpeg)
Pada program ini, kira-kira 20 anggota Kastam dan Polis Marin Thai yang bertugas di Padang Besa, Wang Prachan dan Sattun hadir pada majlis ini.
BACA PAUTAN ARTIKEL https://www.bharian.com.my/berita/wilayah/2022/12/1033690/syor-buka-pintu-sempadan-perlis-thailand-hingga-tengah-malam
Antara rakan strategik lain yang terlibat dalam program ini termasuk nelayan, syarikat kurier dan media.
Perasmian dilakukan oleh Ketua Pengarah Kastam Malaysia, Datuk Zazuli Johan https://www.hmetro.com.my/mutakhir/2022/07/860831/zazuli-dilantik-ketua-pengarah-kastam-baharu dan hadir sama Penolong Ketua Pengarah Kastam (Penguatkuasaan) Ribuan Abdullah.
![](/wp-content/uploads/2023/03/WhatsApp-Image-2023-03-19-at-16.38.59-1024x766.jpeg)
Ismail berkata, pihaknya kini sedang menganjurkan Program Remisi Penalti dan Surcaj di bawah Akta Cukai Barang dan Perkhidmatan bermula 1 Februari lalu hingga 30 September depan.
“Jabatan memutuskan memberi kelulusan remisi seratus peratus ke atas amaun penalti dan surcaj kepada syarikat-syarikat yang membuat pembayaran ke atas tunggakan cukai, penalti dan remisi dalam tempoh program ini,” katanya.
BACA https://suaramerdeka.com.my/57342-2/
BACA https://suaramerdeka.com.my/57342-2/ – SM