Nasional

Abdul Latif, Ketua Pengarah Kastam baharu

TIMBALAN Ketua Pengarah Kastam, Datuk Abdul Latif Abdul Kadir dilantik sebagai Ketua Pengarah Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) berkuat kuasa hari ini.

Pelantikan Abdul Latif, 59, menggantikan Paddy Abd. Halim yang pernah berkhidmat dalam sektor awam selama 37 tahun.

Pekara itu diumumkan Ketua Setiausaha Negara, Datuk Seri Mohd. Zuki Ali dalam satu kenyataan hari ini.

Menurut beliau, Abdul Latif mempunyai pengalaman luas dalam bidang penguatkuasaan, perkastaman dan percukaian.

“Beliau pernah berkhidmat sebagai Timbalan Ketua Pengarah Kastam (Penguatkuasa dan Pematuhan) dan Pengarah Kastam Negeri.


“Bermula pada 1985, beliau berkhidmat dalam perkhidmatan awam dengan jawatan pertama disandang sebagai Penguasa Kastam di ibu pejabat JKDM,” katanya.

Tambah Zuki, beliau yakin dengan pengetahuan dan kredibiliti yang dimiliki Abdul Latif untuk menerajui jabatan di bawah Kementerian Kewangan itu.

“Saya percaya beliau mampu meneruskan aspirasi JKDM ke arah pentadbiran kastam bertaraf dunia,” ujarnya.

Dalam pada itu, Mohd. Zuki juga menzahirkan penghargaan terhadap jasa dan sumbangan Paddy kepada negara.

“Saya bagi pihak kerajaan ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada Datuk Seri Paddy Abd. Halim atas jasa dan khidmat bakti beliau kepada negara,” ucapnya.

Abdul Latif merupakan graduan dari Universiti Malaya dalam jurusan Ijazah Sarjana Muda Sastera.

Beliau kemudian menyambung pengajian ke peringkat Ijazah Sarjana di Universiti Putra Malaysia dalam bidang Sains (Pembangunan Sumber Manusia). – SM

(Visited 99 times, 1 visits today)

Show More

Mohamad Athir Ismail

Berpengalaman lapan tahun dalam bidang kewartawanan termasuk penerbitan majalah, surat khabar dan portal berita. Sebelum menyertai Suara Merdeka, beliau pernah berhidmat di pelbagai syarikat penerbitan. Berminat meneroka bidang kewartawanan untuk perniagaan.

Related Articles

Back to top button