Jenayah

Ramai sifatkan lelaki ini psikio, tumbuk pekerja 7E lepastu selfie!

Gara-gara seorang pekerja sambilan menegur dua lelaki mabuk kerana mengambil payung di dalam sebuah kedai serbaneka, dia ditumbuk di bahagian muka sehingga menyebabkan kecederaan.

Bukan sahaja mabuk malah turut mengambil swafoto bersama-sama mangsa dalam keadaan muka yang sedang berdarah.

Ramai sifatkan lelaki ini psikio, tumbuk pekerja 7E lepastu selfie!

Bapa mangsa bertindak membuat laporan di Balai Polis Kajang dan menggesa mana-mana individu yang mengenali lelaki tersebut tampil memberikan maklumat kepada pihak berkuasa.

Mangsa yang berumur 17 tahun baru sahaja habis SPM kini sedang menerima rawatan di Hospital Kajang akibat kecederaan di bahagian muka.

Sementara itu, Asisten Komisioner Mohd Zaid Hassan ketika dihubungi mengesahkan kejadian dan memaklumkan ianya dalam tindakan pihak polis untuk mengesan suspek.

Artikle berkaitan :>

 

Empat remaja didakwa pukul, rompak, rakam video lucah ahli sindiket

 

Suami kantoi berkahwin lagi didakwa pukul isteri

(Visited 180 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button