Nasional

Pencemaran air di Selangor, empat individu termasuk seorang wanita ditahan

EMPAT individu termasuk seorang wanita ditahan susulan pencemaran air yang menyebabkan Loji Rawatan Air (LRA) Rantau Panjang, Selangor ditutup semalam.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Selangor, Datu Fadzil Ahmat berkata, tangkapan dilakukan bermula tengah malam sehingga awal pagi tadi di sekitar Gombak, Damansara dan Kelana Jaya.

“Individu yang ditahan ialah seorang wanita berusia 40 tahun, dua lelaki warga tempatan berusia 43 dan 42 tahun serta seorang lelaki warganegara Bangladesh berusia 33 tahun.

“Siasatan awal mendapati wanita itu adalah penama yang didaftarkan dalam Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) yang menyewa prmis No.32 Jalan Velox 2, Rawang,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Menurut Fadzil, lelaki tempatan bersama pekerjanya iaitu lelaki Bangladesh telah menumpang stok bahan kimia di premis sewaan tersebut.


Jelasnya, dipercayai terdapat aktiviti membuat sisia-sisa kimia ke dalam satu lubang kumbahan di premis yang disyaki mengalir terus ke kawasan tercemar.

“Reman akan dipohon di Mahkamah Selayang pagi ini dan kes disiasat di bawah Seksyen 430 Kanun Keseksaan,” katanya.

Semalam, Fadzil Ahmat berkata polis menerima satu laporan kejadian itu daripada pegawai penguat kuasa Lembaga Urus Air Selangor (LUAS) pada 3 petang.

Menurutnya, siasatan awal LUAS mendapati air di loji disyaki mengandungi bahan solvent hingga ke tahan lapan ton.

Sementara itu, LUAS dalam kenyataannya semalam memberitahu empat loji rawatan air (LRA) Sungai Selangor Fasa 1, 2, 3 dan Rantau Panjang dihenti tugas susulan pengesanan pencemaran sumber air mentah pada pukul 12.45 tengah hari tadi.

Pengesanan pencemaran dan henti tugas itu menyebabkan gangguan bekalan air tidak berjadual melibatkan tujuh wilayah dengan sejumlah 1,139,008 juta isi rumah. -SM

(Visited 73 times, 1 visits today)

Show More

Related Articles

Back to top button