Nasional

Lelaki ganggu siasatan kes Umany dituduh esok

SEORANG lelaki yang ditahan kerana menghalang pihak polis menjalankan siasatan kes Akta Hasutan melibatkan Persatuan Pemuda Baharu Universiti Malaya (UMANY) akan dituduh di Mahkamah Petaling Jaya, pagi esok.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Selangor, Datuk Fadzil Ahmat berkata, lelaki itu akan dituduh di bawah Seksyen 188 Kanun Keseksaan

“Kertas siasatan telah dirujuk ke Pejabat Peguam Negara pada 12 November lalu dan pertuduhan akan dibuat pada pukul 10 pagi esok,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Terdahulu, lelakiberusia 24 tahun itu merakam visual tersebut dengan telefon bimbit dan menyiarkannya menerusi Facebook Live.

Menurut Fadzil, Serbuan dilakukan Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kajang di sebuah rumah di Petaling Jaya untuk siasatan bersabit Seksyen 4(1) Akta Hasutan.

“Setelah amaran diberi dan tidak diendahkan, polis menahan dan merampas telefon bimbit daripada lelaki itu kerana kesalahan menghalang tugas penjawat awam mengikut Seksyen 186 Kanun Keseksaan,” katanya.

Polis sebelum itu menjalankan siasatan terhadap Presiden UMANY mengikut Akta Hasutan berhubung kenyataan kontroversi mengenai peranan Yang di-Pertuan Agong. -SM

(Visited 213 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button