NasionalRibut

 Amaran cuaca buruk di Langkawi dan Pulau Pinang

Beberapa daerah di Melaka dan Johor juga hujan lebat, angin kencang

JABATAN Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) dalam satu pemakluman di Facebook mengeluarkan amaran cuaca buruk bagi Pulau Langkawi dan Pulau Pinang.

Amaran ini dikeluarkan pagi tadi memandangkan dua destinasi ini adalah pilihan dan tumpulan pelancong dalam dan luar negara.

Menurut MetMalaysia, selain Langkawi dan Pulau Pinang, amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang itu turut melibatkan dua kawasan di Melaka iaitu Jasin dan Melaka Tengah.

Katanya, tiga daerah di Johor iaitu Tangkak, Muar dan Batu Pahat  turut dijangka mengalami cuaca tidak menentu.

“Amaran cuaca tidak menentu itu dijangka berlaku sehingga 10 pagi,” menurut MetMalaysia lagi.

Amaran sedemikian dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda menunjukkan ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 mm/jam yang hampir atau dijangka berlaku melebihi sejam. – SM

(Visited 314 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

HASNURUL MOHAMED

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad yang kehilangan kerja.

Related Articles

Back to top button