Ekonomi

Endava menubuhkan operasi penghantaran Asia Tenggara pertama di Malaysia

Endava, pembekal global terkemuka bagi pecutan digital, pembangunan tangkas dan perkhidmatan automasi pintar, baru-baru ini mengumumkan pengembangan jejak operasi penghantarannya di Kuala Lumpur, Malaysia.

Endava Malaysia merupakan pusat operasi penghantaran pertama syarikat tersebut di Asia Tenggara dan akan bertindak sebagai hab untuk pengembangan masa hadapan ke seluruh rantau ini.

Pengumuman ini adalah sebahagian daripada strategi pertumbuhan Endava untuk menjadi syarikat utama dalam menyediakan teknologi kepada organisasi dalam sektor perdagangan, perlombongan dan logistik, pembayaran dan insurans di Malaysia.

“Kematangan Malaysia sebagai pasaran IT menjadikannya sebagai lokasi yang sesuai untuk menubuhkan operasi penghantaran pertama kami di Asia Tenggara.

“Kami berasa teruja untuk membawa kepakaran kami dalam membina platform digital kepada pelanggan kami di sini untuk membangunkan sistem yang lebih cekap dan memacu pertumbuhan.

“Memandangkan lebih banyak syarikat di sini bergantung kepada teknologi untuk memacu pertumbuhan dan kekal berdaya saing dalam pasaran global, kami komited untuk membantu organisasi-organisasi dengan sokongan teknikal yang berkaitan untuk berjaya,” kata Radu Lazar, Pengurus Rantau di Endava.

Untuk pengembangan dalam pasaran Malaysia, Endava akan memanfaatkan pakar kanan dan berkemahiran tinggi negara dalam teknologi tradisional dan khusus.

Selain merekrut bakat IT yang lestari, Endava juga akan menubuhkan program junior dengan universiti tempatan sebagai sebahagian daripada strategi jangka panjang mereka.

Endava akan memberi peluang kepada golongan muda untuk mengorak kerjaya di Endava dengan program latihan dan siswazah, pertandingan pelajar dan acara-acara khusus.

Berbekalkan rujukan daripada pekerja global sebanyak 30%, Endava menyediakan para pekerja dengan peluang untuk merancang, menukar dan membangunkan laluan kerjaya yang dicari, kemahiran teknologi dan kepimpinan serta pengalaman domain perniagaan dalam syarikat .

Muhammad Azmi Zulkifli, Ketua Pegawai Eksekutif InvestKL berkata “Kami berbesar hati untuk memudahkan penubuhan jenama global seperti Endava.

“Penubuhan pusat operasi penghantaran pertama di Asia Tenggara dari Kuala Lumpur sememangnya merupakan bukti kemudahan kami menjalankan perniagaan, bakat tersedia masa hadapan dan ekosistem perniagaan bertenaga yang memupuk pertumbuhan pelaburan.

“Kehadiran Endava berada pada kedudukan yang baik untuk menyokong perniagaan di sini untuk mempercepatkan kemajuan teknologi dan digital, merapatkan jurang di rantau ini supaya Malaysia kekal berdaya saing.”

Endava berusaha untuk membantu perniagaan dalam semua saiz menggunakan teknologi generasi seterusnya dengan cara yang terbaik, memperkasakan untuk memperoleh peluang berinovasi, pertumbuhan dan pecutan dalam landskap perniagaan digital Malaysia.

Berbekalkan akar umbi kukuh yang terbentuk di Eropah, Endava menghargai hubungan pelanggan, berpegang pada kepercayaan dan kebolehpercayaan sebagai tulang belakang terhadap kejayaan mereka.

Firma ini menyampaikan penyelesaian hujung ke hujung, daripada strategi kepada penggunaan dan hadir pada setiap langkah perjalanan pelanggan untuk mereka bentuk, membina dan menggunakan teknologi yang sesuai dengan keperluan perniagaan setiap pelanggan.

Endava mempunyai pejabat jualan sedia ada di Singapura, Sydney, Melbourne dan Brisbane. – SM

(Visited 342 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Wartawan SuaraMerdeka

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad.

Related Articles

Back to top button