Ekonomi

Tawaran RM6.50 dari KFC, Pizza Hut sempena merdeka

Sempena ulang tahun kemerdekaan negara yang ke 65, KFC dan Pizza Hut Malaysia telah melancarkan promosi istimewa sempena sambutan ini dengan tawaran RM6.50.

KFC menawarkan tiga jenis pilihan pada harga RM6.50, iaitu Set A yang terdiri daripada seketul ayam KFC dengan Sos Jalapeno (4oz), Set B – seketul ayam KFC dengan kentang putar (4oz), dan Set C – seketul Ayam KFC dengan Nasi Kolonel.

Pizza Hut pula menawarkan dua jenis promosi pada harga RM6.50; para pencinta pizza kini boleh  menikmati piza bersaiz personal dengan satu minuman berkarbonat pada harga ini atau memilih untuk menambah (add-on) Hut’s Chocolate Lava cake dengan harga RM6.50 (sah dengan sebarang pembelian). Promosi ini telah bermula dari 22 Ogos dan sah sehingga 30 Ogos 2022.

“Selaku jenama yang telah menjadi sebahagian daripada sejarah panjang Malaysia, KFC berbesar hati untuk meraikan kejayaan ini bersama rakyat Malaysia dan kami berharap tawaran ini akan menambah keceriaan kepada pelanggan kami”, kata Chan May Ling, Ketua Pegawai Pemasaran, KFC Malaysia.

“Pizza Hut sinonim dengan detik istimewa dan Hari Merdeka adalah hari istimewa yang sentiasa dekat di hati kita semua. Kami berharap dapat menjadikan sambutan kemerdekaan tahun ini lebih ceria disamping keluarga, oleh itu kami berbesar hati untuk menawarkan promosi ini”, kata Emily Chong, Ketua Pegawai Pemasaran, Pizza Hut Malaysia. – SM


(Visited 236 times, 1 visits today)

Show More

Wartawan SuaraMerdeka

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad.

Related Articles

Back to top button