Hiburan

Aplikasi TikTok pilihan Anuar Zain

PENYANYI lelaki popular Anuar Zain memilih TikTok sebagai media sosial pilihannya berbanding platform media sosial lain.

Anuar berkata, beliau lebih menyukai aplikasi TikTok dan menggunakan nama @anuarzain dalam akaun TikToknya yang dibuka sekitar Oktober baru-baru ini, beliau telah mengumpul lebih 85,000 pengguna TikTok.

“Banyak perkara dan input yang diperolehi daripada melihat tips-tips yang dikongsikan dalam TikTok.

“Berbanding Instagram, sebenarnya saya lebih gemar TikTok dan di TikTok, saya suka melihat berkaitan tips atau perkongsian mengenai melancong atau kenderaan,” katanya.

Minat dan suka melancong dan kenderaan, kata Anuar membuatkannya seronok terutama perkongsian ringkas tetapi bermanfaat di TikTok.

“Ya, saya suka melancong dan kenderaan. Jadi, rasa seronok melihat perkongsian ringkas tapi banyak manfaat di TikTok untuk diambil,” ujar beliau.

Kata Anuar lagi, beliau juga mempunyai dua akaun Instagram yang mana salah satunya ialah akuan peribadi yang menggunakan namanya sendiri, @anuarzain70.

Akaun Instagram rasmi pula, jelas Anuar, adalah berkaitan dengan kariernya dan menggunakan akaun @anuarzainnetwork.

“Akaun peribadi, saya kendalikan sendiri. Pengurus saya pun tidak tahu kata kunci  kerana kemaskini, saya buat sendiri.

“Manakala akaun rasmi, itu diuruskan dan dikemaskini oleh pengurus saya,” jelas beliau sambil menambah, akaun IG rasmi digunakan untuk tujuan kerja. – SUMBER GEMPAK – SM

(Visited 376 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

HASNURUL MOHAMED

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad yang kehilangan kerja.

Related Articles

Back to top button